ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Pintas Rawang – Tinggi melintasi pepohon Merawan Kanching

Views
JALAN PINTAS RAWANG (RAWANG BYPASS)

Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) boleh dikatakan salah projek pembinaan lebuhraya yang paling rumit di negara kita. Dengan laluan sepanjang 23 km dari Serendah ke Rawang, projek ini adalah cetusan ilham anak tempatan, Tuan Haji Radzali Mokhtar. Ia dibina bertujuan mengatasi kesesakan lalulintas yang telah berlaku sekian lama di Bandar Rawang. Laluan ini mampu memendekkan masa perjalanan pada waktu puncak di Kuala Lumpur yang sebelum ini dua jam kepada setengah jam sahaja.

Projek ini sebenarnya telah mengalami kelewatan selama 2,132 hari hampir enam tahun atas sebab-sebab prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang diluar kawalan pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia. Ia telah diluluskan semasa Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan teruk di bandar Rawang serta memanjukan lagi jaringan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Jalan Pintas Rawang melibatkan penambahbaikan jalan sedia ada sepanjang 10.72km dan pembinaan lorong empat lorong dua hala sepanjang 12.58km yang bermula pada 16 Julai 2005 yang dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan kos anggaran RM203.47 juta. Namun beberapa Perjanjian Tambahan telah dimetrai seperti pembinaan jalan alternatif sepanjang 3.3 km melintasi Taman Warisan Negeri Selangor dan lain-lain perkara yang berkaitan, kosnya bertambah RM390 juta.

Selain itu perubahan rekabentuk di laluan bertindih antara struktur tinggi dengan Lebuhraya Latar membuatkan kosnya bertambah lagi RM34.2 juta. Apa yang unik mengenai projek ini ialah pembinaan jajaran Elevated Section yang dibina dengan ketinggian yang agak luar biasa demi untuk melindungi satu spesis pokok iaitu Merawan Kanching. Ia sekaligus menjadikan Elevated Section ini tertinggi di Malaysia dan dibina atas nasihat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, pihak pemegang konsesi lebuhraya telah mengubah laluan bagi menyelamatkan pokok-pokok Merawan Kanching (nama saintifiknya, ‘Hopea subalata’) yang berstatus ‘Critically Endangered’ (CR). Pokok-pokok tersebut merupakan satu-satunya populasi spesies ‘Hopea subalata’ yang terdapat di Malaysia dan dunia.

Menurut Bernama News Channel, Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) masih lagi belum dibuka buat masa ini dan sekaligus menafikan maklumat yang tular di laman sosial yang mengatakan laluan ini telah mula dibuka pada 30 September yang lalu. Tak sabar pula kami nak merasai kegayatan semasa melalui laluan dengan jejambat yang tinggi ni. Jangan la bawa kereta laju-laju sangat di kawasan ini nanti, kalau terjun ke bawah siapa yang susah kan?

Sumber dari Libur, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply