ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan raya terburuk, kajian Zutobi tidak tepat dan mengelirukan – Kementerian Kerja Raya

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kerja Raya (KKR) berpandangan dakwaan Malaysia di kedudukan ke-12 terbawah memiliki jalan raya terburuk sebagai tidak tepat dan mengelirukan.

Menurut Berita Harian, KKR dalam kenyataan hari ini berkata, ini kerana, analisa dibuat firma pendidikan pemandu, Zutobi itu hanya mengambil kira data 59 negara, bukan semua negara di dunia.

Malah, laporan kajian bertajuk ‘Worst and Best Roads – US and International Ranking‘ itu hanya mengambil kira empat faktor iaitu kualiti, peningkatan kualiti, kematian dan saiz relatif rangkaian jalan raya.

Menurut kenyataan itu, fokus analisa berkenaan juga bukan berdasarkan kualiti jalan, sebaliknya jumlah kematian di jalan raya akibat kemalangan dan saiz rangkaian jalan.

Justeru, katanya, KKR mengambil perhatian terhadap semua laporan kajian diterbitkan sebagai kaedah semak dan imbang bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Pelbagai komitmen berterusan dilaksanakan KKR khusus bagi menjaga kualiti jalan raya di negara ini dan dalam konteks bidang kuasa KKR, penyenggaraan ini difokuskan kepada Jalan Persekutuan dengan jumlah panjang 20,017 kilometer (km).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ia perlu ditekankan kerana terdapat pelbagai jenis jalan raya di bawah bidang kuasa pelbagai pihak di negara ini.

Dalam pada itu, KKR berkata, peruntukan bernilai RM913.34 juta diterima sebagai kos penyenggaraan jalan raya di seluruh negara, tahun ini, selain memaklumkan sebanyak 6,656 tampalan jalan berlubang sudah dilaksanakan sehingga Ogos lalu.

Perjanjian Konsesi berasaskan ‘Performance Based Contract‘ (PBC) bagi kerja penyenggaraan jalan juga diadakan pada 16 Jun lalu, untuk tempoh sehingga Februari 2026, membabitkan penyenggaraan di Jalan Persekutuan di Zon Selatan Semenanjung.

Pelaksanaan kontrak ini adalah pendekatan holistik dan ‘way foward‘ bagi kerja penyenggaraan jalan persekutuan di mana tahap prestasi perkhidmatan bagi kerja penyenggaraan dilaksanakan syarikat dilantik, diukur melalui pencapaian terhadap ‘KPI service level‘ ditetapkan.

KKR juga memfokuskan usaha berterusan menjaga kualiti jalan raya menerusi kempen ‘Zeropotholes’ sejak 2016 dan ‘Kempen Kita Jaga Jalan Kita‘ yang dilancarkan pada November 2021.

Selain itu, peruntukan tambahan bernilai RM130 juta diluluskan bagi tujuan Perbelanjaan Pembangunan Kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen di Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia secara ‘one-off‘ melalui surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 September lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Mengulas lanjut, KKR menjelaskan terdapat kajian lain, menyatakan ‘Kualiti jalan di Malaysia 21 terbaik di dunia, mengatasi Australia, Britain, New Zealand‘, memetik portal statistik terkenal antarabangsa, The Global Economy yang memperolehi data berdasarkan komponen kualiti jalan diterbitkan Indeks Daya Saing Global.

Katanya, laporan sama turut memetik sumber sahih daripada kajian eksekutif membabitkan lebih 14,000 tokoh dari 144 negara yang menyertai Forum Ekonomi Dunia berpusat di Davos, Switzerland.

Berdasarkan data berkenaan, tahap jalan raya negara ini adalah antara terbaik iaitu 5.3 mata daripada julat keseluruhan tujuh mata untuk posisi tertinggi dan satu mata untuk posisi paling rendah.

Menurut portal berkenaan, tahap jalan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Sweden (ke-23), Kanada (ke-31), Australia (ke-33), Britain (ke-37), New Zealand (ke-48) dan Russia (ke-99).

Di Asia Tenggara, Malaysia menduduki tangga kedua selepas Singapura serta di atas Brunei (ke-30) Thailand (ke-56), Indonesia (ke-59), Laos (ke-84), Filipina (ke-87), dan Vietnam (ke-104).

KKR berkata, Laporan Tahunan Statistik Kemalangan Jalan raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1991 hingga 2012, merekodkan terdapat 11 jenis kerosakan jalan raya dikenal pasti menyumbang kepada kemalangan.

Secara purata, katanya, hanya 11.25 peratus daripada kemalangan maut itu berpunca akibat kerosakan jalan raya, manakala baki 88.75 peratus disebabkan faktor lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply