ARKIB

KATEGORI

Tular

Jalan tutup sebab lori terbalik – Anggota trafik bantu hantar sepupu lelaki ini duduki peperiksaan

Tular

Views

Kami ingin kongsikan satu kisah tular yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Twitter bernama Ruki. mengenai sepupunya yang dibantu oleh anggota trafik untuk menduduki peperiksaan pagi tadi. Menurut Ruki, sepupunya dijadualkan untuk menduduki peperiksaan jam 9.00 pagi tadi terkandas di laluan Persiaran Utara, Putrajaya disebabkan satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori dan sebuah kereta Perodua Kancil yang menghalang laluan.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Namun sepupunya bernasib baik, kerana ada seorang anggota trafik yang tidak diketahui namanya sudi membantu dengan membawanya ke pusat peperiksaan dengan menaiki motosikal. Ciapan tersebut kini mulai tular dan mendapat 6.1 ribu ulang kicau dan disukai oleh 5.7 ribu warganet setakat artikel ini ditulis.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Kisah ini turut mendapat perhatian beberapa portal media lain untuk dikongsikan di platform mereka. Pelbagai respon dan reaksi positif dari warganet yang rata-rata memuji tindakan anggota trafik itu dan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Semoga kisah ini dijadikan contoh tauladan yang baik buat semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Twitter Ruki.

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply