ARKIB

KATEGORI

Buletin

James Bond bakal pandu kereta elektrik dalam filem terbaharu?

Berita Global

Views

Kita semua tahu Aston Martin dan James Bond memang tak dapat dipisahkan. Untuk edisi ke-25, filem yang berjudul sementara Shatterhand itu sekali lagi bakal menyaksikan Bond memandu kereta jenama tersebut. The Sun melaporkan filem terbaharu ini bakal menampilkan sebuah model kereta elektrik keluaran Aston Martin.

Akhbar tersebut berkata, model tersebut adalah edisi khas Rapide E yang bakal diserahkan kepada pelanggan pada suku keempat tahun ini. Ia mungkin menimbulkan sedikit isu kerana Shatterhand akan memulakan penggambaran mulai bulan depan. Kereta tersebut dikatakan bakal tampil dalam aksi yang mendebarkan dan dilengkapi dengan pelbagai peranti canggih.

JOM BACA >> Proton Persona facelift tampil lebih bergaya – Tempahan atas talian dibuka mulai esok

Rapide E bakal menjadi kenderaan elektrik pertama Aston Martin yang mempunyai pek bateri lithium-ion 65 kWh. Ia akan menjana dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kombinasi output sebanyak 602 kuasa kuda dan 950 Nm daya kilas.

Kereta elektrik itu mampu memecut dari 0-96 km/j hanya dalam masa kurang dari empat saat dan kelajuan maksimanya pula mampu mencecah 250 km/j. Hanya 155 unit akan dikeluarkan dan Aston Martin menjangkakan model tersebut mampu bergerak sejauh 322 km untuk sekali cas penuh.

Nampaknya James Bond pun dah peka kepada alam sekitar, dengar cerita aktor dari Malaysia bakal menjadi James Bond yang baharu. Betul ke? Kita tunggu dan lihat!

JOM BACA >> INTIP : Dua unit ujian Proton X50 berjaya dikesan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply