ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Info

Jangan buat aksi “Superman” di jalan raya kalau tak nak kena denda dan masuk penjara

Info

Views

Menerusi segmen Sembang Trafik, laman Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menegaskan aksi lagak ngeri ala “Superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Tahukah anda, tindakan tersebut bukan sahaja akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain, malah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Jika didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta dipenjara untuk tempoh tidak melebihi lima tahun. Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Jadi beringatlah ye, jangan nak fikir seronok je! Kalau kena denda dan penjara nanti baru padan muka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply