ARKIB

KATEGORI

Info

Jangan guna telefon bimbit untuk rakam video atau live semasa memandu – Boleh disaman RM1k atau penjara

Info

Views

Disebabkan mahu membuat kandungan (content) untuk laman sosial di Facebook, Instagram mahupun Tiktok, ramai antara kita gemar memuat naik rakaman video atau bersiaran langsung (live) ketika sedang memandu tanpa menggunakan alat bebas tangan.

Menurut laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, sekiranya video yang dirakam itu merupakan kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang lain, adalah sebaiknya penumpang atau menggunakan dashcam untuk merakam video tersebut.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Ini kerana pemandu tidak peka dan boleh hilang kawalan sekiranya menggunakan telefon bimbit, selain ia berisiko untuk berlakunya kemalangan.

Sekiranya si perakam juga merupakan pemandu kenderaan pada ketika itu, mereka juga dikira menggunakan telefon bimbit dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah 17A Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan 1959.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan saman sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Kesalahan ini tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

JSPT menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa menggunakan alat bebas tangan seperti fon telinga (earphone) atau pemegang telefon sekiranya mahu menjawab panggilan.

Jangan menggunakan telefon untuk merakam video atau bersiaran langsung (live) semasa memandu kerana menjadikan anda tidak fokus dan peka kepada keadaan sekeliling semasa pemanduan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply