ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan parkir di bahu jalan kalau tak nak kena saman – Polis Kuantan

Berita Tempatan

Views

Polis Kuantan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) telah membuat pemantauan berkenaan kesesakan lalu lintas yang berlaku disekitar Bandaraya Kuantan.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ini khususnya semasa menjelangnya sambutan Aidilfitri dan mendapati terdapat sebahagian pengguna jalan raya yang bersikap sambil lewa dengan meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk ke tempat yang ingin dituju.

PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pengguna jalanraya yang tidak mematuhi peraturan khususnya meletakkan kenderaan di bahu jalan yang jelas menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Justeru, Ketua Polis Daerah Kuantan ingin menasihati para pengguna jalan raya agar tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa patuh kepada undang-undang serta peraturan jalan raya bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Warga daerah Kuantan juga diingatkan agar merancang perjalanan dengan sebaik mungkin semasa keluar membeli-belah bagi tujuan persiapan Aidilfitri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kuantan

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply