ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jangan terlalu ghairah hias kenderaan dengan Jalur Gemilang hingga abaikan keselamatan – JPJ

Berita Tempatan

Views

Orang ramai yang berhasrat menghias kenderaan mereka dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 dinasihatkan tidak terlalu ghairah hingga mengabaikan soal keselamatan.

Harian Metro melaporkan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang Adenan Md Isa berkata, tiada halangan bagi mereka yang ingin menghias kenderaan dengan bendera selagi ia tidak mengundang bahaya pada diri sendiri mahupun orang lain ketika di jalan raya.

Katanya, tiada halangan untuk memasang bendera selagi tidak mengubah struktur pada kenderaan. Bagaimanapun, pihaknya menasihatkan supaya jangan terlalu ghairah dan abai soal keselamatan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-64 di Ibu Pejabat JPJ, Seberang Jaya, di Butterworth, hari ini.

Dalam pelancaran itu, pihak JPJ negeri memasang jalur gemilang pada semua kenderaan mereka, di luar pagar, bangunan dan pejabat termasuk menghulurkan bendera kepada pelanggan yang hadir untuk berurusan.

Dalam pada itu, Adenan berkata, pihaknya membuka kaunter pandu lalu bagi memudahkan urusan pelanggannya untuk memperbaharui lesen memandu (LMM) dan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian yang bermula hari ini.

Untuk makluman, tempoh moratorium pelanjutan pembaharuan LKM dan LMM termasuk lesen GDL/PSV akan berakhir pada 30 September depan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Oleh itu, bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengelak kesesakan, selain membuka kaunter (dalam pejabat) setiap hari, pihaknya juga turut membuka kaunter pandu lalu yang ia beroperasi dari Isnin hingga Jumaat.

Sementara itu, Adenan berkata, terdapat hampir 100,000 saman aktif dalam pelbagai kesalahan masih belum dilunaskan.

Berikutan itu, mereka boleh hadir membayar saman berkenaan sehingga 16 September ini kerana boleh menikmati tawaran pembayaran saman sehingga 70 peratus terhadap semua saman JPJ yang belum dijelaskan tidak termasuk kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah atau yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (cawangan atau negeri) bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum sebarang urusan pembayaran dapat dilakukan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Pulau Pinang

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply