ARKIB

KATEGORI

Tular

Jangan terpedaya dengan tawaran motosikal Yamaha percuma dari laman Facebook ‘Boss James’ palsu

Tular

Views

Sejak semalam tular satu hantaran dari laman Facebook Boss James yang menawarkan sebuah motosikal terbaharu dari jenama Yamaha dari Berjaya Mega Motor.

Menurut hantaran tersebut, syarikat itu akan menyumbangkan motosikal tersebut secara percuma sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 kepada 10 orang yang bertuah.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Untuk memenangi hadiah tersebut, mereka akan memilih warganet yang berkongsi dan mengulas (JAYA) di ruangan komen sebelum 31 Ogos 2022.

Langkah terakhir bagi mendapatkan motosikal tersebut, warganet perlu log masuk untuk menuntut hadiah dengan mendaftar secara percuma di pautan https://tinyurl.com/2xasbdhu.

Kemudian, mereka akan menerima kod baucar hadiah yang diinginkan sebelum ia tamat tempoh dan pendaftaran adalah terhad.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Meskipun, hantaran tersebut kini telah dikongsi lebih daripada 1,100 kali, laman Facebook rasmi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Seberang Perai Selatan memberi amaran kepada warganet supaya jangan mudah terpedaya dengan hebahan yang dimuatnaik oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan daripada kelalaian mereka.

Menurut laman tersebut, Boss James yang sebenar merupakan pempengaruh media sosial yang sering mempromosikan kandungan video berunsurkan nilai-nilai murni untuk kebaikan bersama.

Selain itu, pemilik akaun Facebook bernama Asraff Jeffery turut menasihatkan warganet agar berhati-hati dengan laman palsu atau ‘scam‘ tersebut kerana ia mungkin bertujuan untuk mendapatkan ‘like‘ yang tinggi dan kemudian ianya ditukar kepada nama yang lain seperti hiburan, affiliate atau lain-lain.

Nasihat kami, pastikan laman media sosial itu yang sah baru la percaya dengan tawaran yang disediakan, kalau yang nampak pelik dan agak mengarut tu, abaikan je lah!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply