ARKIB

KATEGORI

Buletin

JCB Fastrac 8000 – Traktor terpantas di muka bumi, ditala oleh Williams F1

Berita Global

Views

Menurut ciapan menerusi laman Twitter rasmi JCB, Fastrac 8000 merupakan traktor terpantas di Britain dan di dunia kerana ia telah berjaya memecahkan rekod kelajuan tertinggi untuk jentera tersebut. JCB Fastrac 8000 yang telah menerima talaan dari Williams F1 mampu memecut dengan kelajuan 103.6 batu sejam (166.7 km/j) sekaligus mengatasi rekod lalu yang dipegang oleh ‘Track-tor’ 500 kuasa kuda dari Top Gear yang mampu mencatat kelajuan 87 batu sejam (141.6 km/j).

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Fakta menarik mengenai JCB Fastrac 8000

  • Dibina secara rahsia sejak beberapa bulan lalu menerusi idea yang dicetuskan oleh Pengerusi JCB, Lord Bamford.
  • Ia dijana oleh enjin 7.2-liter enam-silinder diesel yang mampu menghasilkan 1,000 kuasa kuda dan1,843 pound daya kilas.
  • Menurut Farmer’s Weekly, transmisi asal Agco CVTnya telah digantikan dengan transmisi spesifikasi lori 6-kelajuan manual dari ZF.
  • Ia lebih ringan dan aerodinamknya telah dibuat dengan bantuan dari Williams Advanced Engineering, krew yang sama di belakang tabir pasukan Formula Satu, Williams F1.
  • Semasa ujian, traktor ini telah dipancu oleh pelumba motosikal dan penyampai TV, Guy Martin.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

Dokumentari mengenainya akan disiarkan di U.K menerusi saluran Channel 4 pada penghujung tahun ini. Honda dah buat mesin rumput terpantas di dunia, jentera apakah selepas ini? Mungkin steamroll atau mesin pembajak sawah Kubota terpantas? Nantikan!

Sumber: TheDrive.com

JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply