Kereta elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7 telah berjaya menempuh perjalanan sejauh 894km merentasi negeri-negeri di selatan Malaysia dalam fasa pertama siri jelajahnya yang akan merangkumi jarak melebihi 2,000km.
Sepanjang pengembaraan ini, e.MAS 7 telah menempuhi pelbagai cuaca dan keadaan jalan raya di Malaysia, jurutera Proton telah bekerja keras dan yakin untuk memastikan SUV elektrik ini memenuhi kepuasan rakyat.
Setiap perhentian dalam jelajah ini memberi peluang kepada orang ramai terutamanya penduduk tempatan untuk berinteraksi dan menyaksikan sendiri keunggulan kereta EV sulung ini menuju ke era mobiliti lestari di Malaysia.
Jelajah Proton e.MAS 7 yang berlepas dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) menghala selatan yang menuju ke perhentian di Muzium Minangkabau Negeri Sembilan dan seterusnya ke negeri Melaka berlatarbelakangkan kota bersejarah A’Famosa.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Persinggahan di tempat-tempat makan yang menarik dan popular di setiap negeri memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat reka bentuk unik e.MAS 7 dengan lebih dekat walaupun masih dibaluti corak pelekat pembalut kereta.
Sepanjang jelajah ini, orang ramai terpesona dengan e.MAS 7 sebagai sebuah SUV elektrik yang terbesar dalam segmennya serta elemen gaya reka bentuk seperti pemegang pintu tersembunyi dan lampu belakang LED memanjang.
Cuaca yang tidak menentu juga tidak meruntuhkan semangat jelajah ini, apatah lagi keterujaan pengunjung yang hadir beramai-ramai untuk ‘menatap’ SUV elektrik ini buat kali yang pertama.
Jelajah e.MAS 7 turut menerima sambutan yang memberangsangkan di restoran-restoran popular tempatan di mana ramai orang turut menyertai aktiviti yang diadakan melalui permainan interaktif yang menyeronokkan.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Persinggahan di empat bilik pameran pengedar Melaka dan Johor di mana lebih seribu pengunjung berpeluang untuk melihat e.MAS 7 dengan lebih dekat mengenai ciri-ciri utama EV pertama Proton seperti seni bina Sel-ke-Badan (CTB) dan sistem Pemanduan Elektrik Pintar 12-dalam-1.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, maklum balas positif telah diterima daripada orang ramai mengenai keluasan dalaman serta keanggunan reka bentuknya.
Setelah berjaya menamatkan fasa pertama di selatan, Jelajah Proton e.MAS 7 akan menuju ke negeri-negeri di utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Jelajah Proton e.MAS 7 akan singgah di setiap negeri pada tarikh berikut:
- 11 Oktober 2024 – Perak dan Penang
- 12 Oktober 2024 – Penang
- 13 Oktober 2024 – Kedah dan Perlis
- 14 Oktober 2024 – Perlis
Nantikan ketibaannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI