ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jentera Bomba mahal tapi cikai – Punca utama banyak unit ‘tersadai’

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan hampir 40 peratus atau 97 unit jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bernilai RM165 juta di seluruh negara terutama Selangor kini mengalami kerosakan pada bahagian aci pemacu (drive shaft) dan sistem sadap kuasa atau power take off (PTO).

Angka ini amat mengejutkan dan punca utama masalah tersebut adalah kegagalan pembekal menyediakan reka bentuk dan pemasangan peralatan mengikut spesifikasi sepatutnya. Kesemua jentera ini telah dibeli pada tahun 2007, 2010 dan 2014.

Untuk rekod, perolehan 242 jentera JBPM atau Fire Rescue Tender (FRT) bagi ketiga-tiga tahun itu membabitkan nilai RM420 juta. Menurut sumber, sejak 2007, sebuah syarikat pembekal tempatan diberi kontrak rundingan terus untuk membekalkan jentera berkenaan kepada JBPM.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Pada 2007, 42 jentera setiap satu bernilai RM1.86 juta atau keseluruhannya lebih RM78 juta dibekalkan syarikat terbabit yang berpangkalan di Selangor. Syarikat sama turut membekalkan 100 jentera yang bernilai RM1.71 juta seunit pada 2010 dan 100 lagi jentera pada harga sama bagi 2014.

Secara keseluruhan, syarikat tersebut telah membekalkan 242 jentera bernilai lebih RM420 juta kepada agensi berkenaan. Malangnya, sejak tiga tahun lalu jentera yang dibekalkan mula mengalami kerosakan dan menyebabkannya tersadai.

Dikatakan, syarikat pembekal itu juga dikaitkan langsung dengan seorang tokoh politik negara yang kini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sebelum 2007, semua proses pembelian jentera JBPM diuruskan melalui tender terbuka.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Namun sejak 2007, campur tangan ahli politik terbabit yang dibantu kepemimpinan di kementerian telah menganugerahkan (kontrak pembekalan) kepada syarikat itu. Harga jentera yang dibeli pula mahal dan ia juga kerap mengalami kerosakan.

Sepatutnya jangka hayat jentera itu antara 15 hingga 20 tahun. Sumber tersebut turut mendedahkan, harga jentera asas dalam kondisi terbaik adalah kira-kira RM1.5 juta. Selain itu, siren, lampu dan lain-lain berkaitan elektronik juga mengalami masalah, namun kerosakannya bukanlah isu utama.

Jentera yang tersadai kini ‘berehat’ di bengkel kejuruteraan JBPM di seluruh negara namun kebanyakan jentera berkenaan boleh dilihat di Selangor iaitu di Seksyen 15 Shah Alam, Serdang dan Salak Tinggi untuk kawasan Lembah Klang.

Tambah memburukkan keadaan, kebanyakan jentera tersebut tidak mampu dibaiki kerana kementerian telah memotong bajet penyelenggaraan. Ini bermakna jentera itu akan terus tersadai. Dakwaan tersebut memang berasas kerana memang jelas puluhan jentera mengalami kerosakan seperti didakwa oleh sumber tersebut. Difahamkan, terdapat kira-kira 550 hingga 600 jentera Bomba di seluruh negara.

* Foto sekadar hiasan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply