ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jerayawara kempen keselamatan jalan raya ‘Michelin Safe on The Road’ bermula

Berita Tempatan

Views
Top5 tips pemeriksaan tayar dari Michelin - Baju Raya dah tempah, Tayar Raya bila nak tukar?

Semalam Michelin telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya tahunannya, Michelin Safe on The Road (MSOR). Kempen ini bertujuan menekankan kepentingan penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala terhadap tayar sebagai sebahagian daripada amalan yang baik dalam memastikan keselamatan jalan raya.

Sepanjang bulan Mei ini, pakar dan kakitangan Michelin akan berada di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia untuk menjalankan penilaian menyeluruh terhadap keadaan tayar untuk orang ramai.

Berucap semasa pelancaran tersebut, Pengarah Komersial antara Perniagaan Michelin Malaysia, Muhammad Arya Subrata berkata, keselamatan merupakan aspek penting dalam komitmen mereka terhadap masyarakat, sama ada dengan menawarkan tayar berkualti tinggi mahupun mengambil inisiatif menjalankan kempen keselamatan jalan raya.

Pada tahun lalu, Malaysia mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya yang tertinggi dan hal ini jelas menunjukkan keperluan segera terhadap peningkatan kesedaran yang lebih tinggi dalam keselamatan di jalan raya. Sempena musim perayaan yang bakal tiba, Trak Michelin akan berada di beberapa lokasi terpilih untuk mengingatkan orang ramai tentang kondisi tayar dalam memastikan keselamatan mereka di jalan raya.

JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Tayar adalah antara bahagian keselamatan yang paling penting bagi sesebuah kenderaan kerana komponen ini berkait terus dengan sistem brek.  ‘MSOR Truck Roadshow’,  akan memberi penerangan mengenai keselamatan jalan raya selain menjalankan pemeriksaan tayar secara percuma yang merangkumi ketepatan tekanan udara, kedalaman bunga tayar dan keadaan tayar secara keseluruhan.

Perunding Michelin akan berada di lokasi jerayawara tersebut dari jam 11 pagi hingga 8 malam untuk menilai keadaan tayar dan berkongsi informasi mengenai cara penjagaan tayar yang betul supaya jangka hayatnya lebih lama. Pemandu yang mengambil bahagian juga akan menerima baucar perkhidmatan servis kereta beserta kad Petron percuma bernilai RM50 apabila mereka berbelanja di Pusat Pakar Michelin.

Pada tahun lepas, Michelin berjaya mengendalikan pemeriksaan terhadap 1,100 buah tayar di lebih daripada 26 lokasi di seluruh negara. Tahun ini pula, dengan sokongan daripada rakan kongsi iaitu Petron dan Tesco serta Aeon Big, kempen MSOR akan berkembang ke lebih banyak lokasi di utara dan selatan Semenanjung Malaysia.

Trak MSOR akan membuat hentian di lebih banyak lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor selain daripada Perak, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kempen bermula semalam di Desa ParkCity dan akan memulakan jelajahnya dari 3 hingga 29 Mei, 2019 di stesen-stesen minyak serta pasar raya besar di seluruh negara.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Jadual ‘Michelin Safe on The Road (MSOR) Truck Roadshow’ adalah seperti berikut:

LOKASITEMPATTARIKHMASA
Kuala Lumpur & SelangorThe Waterfront @ Desa Park CitySelasa, 30 April11 pagi –

8 malam

Petron Sri Kembangan RayaJumaat, 3 Mei
Tesco Extra CherasSabtu, 4 Mei
Tesco Shah AlamAhad, 5 Mei
Petron Puchong 1 @ OUGIsnin, 6 Mei
Petron Bandar Baru KlangSelasa, 7 Mei
Petron Bandar MenjalaraRabu, 8 Mei
Johor BahruTesco Mutiara RiniSabtu, 11 Mei
Petron New SkudaiAhad, 12 Mei
Petron Taman JayaIsnin, 13 Mei
Petron New SkudaiSelasa, 14 Mei
Petron Taman JayaRabu, 15 Mei
AEON Batu PahatSabtu, 18 Mei
MelakaTesco MelakaAhad, 19 Mei
Pulau PinangPetron Jalan KelawaiKhamis, 23 Mei
Petron Perai SSJumaat, 24 Mei
Tesco Extra Seberang JayaSabtu, 25 Mei
Petron Permatang BatuAhad, 26 Mei
Petron Ayer ItamIsnin, 27 Mei
Petron Jalan TengahSelasa, 28 Mei
PerakPetron Jalan KiddRabu, 29 Mei

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply