ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jet pejuang baharu Rusia buat kemunculan semasa pertunjukan udara Moscow minggu depan

Berita Global

Views

Pembuat pesawat Rusia akan mendedahkan jet pejuang baharu pada pertunjukan udara Moscow, minggu depan.

Menurut MalaysiaGazette, pesawat baharu yang diselubungi dengan kain ditunda ke kawasan pakir lapangan terbang Zhukovsky, dekat Moscow, di mana Pertunjukan Udara Antarabangsa MAKS 2021 akan dirasmikan pada Selasa ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Presiden Vladimir Putin dijadual melawat pertunjukan udara itu. Media Rusia melaporkan jet pejuang baharu itu dibina oleh pembuat pesawat, Sukhoi, menerusi program pembangunan pesawat pejuang taktikal ringan, lapor AP.

Tidak seperti pesawat pejuang halimunan dua enjin baharu, Su-57, jet pejuang baharu ini lebih kecil dan dilengkapi dengan satu enjin. Namanya masih belum diketahui dan tiada maklumat mengenai keupayaaan dan di mana ia akan ditempatkan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Syarikat milik kerajaaan, Rostec berkata, ‘asas pesawat tentera baharu’ itu akan didedahkan pada pertunjukan tersebut, Selasa ini. Bagi menarik perhatian masyarakat, sebelum ia didedahkan, Rostec menyiarkan gambar pesawat baharu yang dilitupi kanvas.

Ia turut menyiarkan klip video untuk menarik perhatian pelanggan asing. Berikutan pengumuman Rostec, peminat kapal terbang Rusia bergegas ke Zhukovsky untuk merakam gambar pesawat baharu itu.

Rostec berkata, Rusia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kitaran penuh keupayaan untuk menghasilkan sistem pesawat terkini dan menjadi pencetus penghasilan pesawat pejuang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Fot kredit AP News

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply