ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jetta perkenal model sedan dan SUV untuk pasaran China

Berita Global

Views

Setelah pelbagai spekulasi, akhirnya Volkswagen akhirnya mengumumkan pelancaran rasmi jenama Jetta khusus untuk pasaran China yang bakal bermula pada suku ketiga tahun ini. Sub jenama ini Volkswagen disasarkan kepada pembeli muda dari bandar-bandar besar di mana tahap pemilikan kenderaan masih rendah.

Dua model pertama Jetta yang bakal dilancarkan nanti adalah sebuah sedan dan dua SUV yang bakal dikeluarkan oleh kilang milik FAW-Volkswagen di Chengdu. Menurut Jürgen Stackmann, Ahli Lembaga Pengurusan Jenama Volkswagen yang bertanggungjawab untuk pemasaran, jenama baharu ini bakal membolehkannya untuk mengeksploitasi potensi pasarannya di China dengan lebih efektif.

Dengan Jetta, mereka akan merapatkan lagi jurang antara jenama Volkswagen dalam segmen mewah dan aras-mula, yang merangkumi kira-kira satu pertiga pasaran di China dan kini ia dimonopoli oleh jenama tempatan. Dengan cara ini, mereka akan meluaskan lagi pasarannya.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

Dalam siaran medianya, Volkswagen tidak menggunakan istilah ‘bajet’ atau ‘kos rendah’, namun berkata jenama Jetta akan membolehkan syarikat induk jenama tersebut meletakkan jenamanya pada tahap yang lebih tinggi. Jetta dibangunkan secara usaha sama antara FAW-Volkswagen dan kenderaan keluaran jenama tersebut akan dibuat khusus untuk memenuhi kehendak pasaran China serta membantu Volkswagen untuk melangkah ke hadapan.

Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai barisan model Jetta, namun foto-foto yang ada menunjukkan rekaan sebuah model sedan dan salah satu daripada dua SUV yang bakal diperkenalkan nanti. Model sedan tersebut sebenarnya merupakan versi tukar lencana (rebadged) model semasa Volkswagen Jetta yang dijual di China.

Model SUV itu pula mempunyai iras SEAT Ateca, yang mana jenama tersebut tidak dijual secara rasmi di negara tersebut. Sekiranya desas-desus pada awal bulan ini tepat, model SUV kedua pula berkemungkinan besar akan dibangunkan dari SEAT Tarraco.

Volkswagen berkata jenama Jetta bakal menggunakan pendekatan pemasaran baharu. Ia bakal mempunyai rangkaian pengedar sendiri namun ia akan mendekati pelanggan secara terus menerusi bilik pameran digital, pusat membeli-belah, dan trak jualan mudah alih. Volkswagen menganggarkan kira-kira 200 bilik pameran Jetta akan dibuka menjelang akhir tahun ini.

JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply