ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Jika model Perodua X-Concept dihasilkan mungkin ini gambaran reka bentuknya

Gambaran Artis

Views

Seperti biasa, jika ada rekaan kereta secara manipulasi digital ia pasti datang dari pakar dalam bidang tersebut, tidak lain tidak bukan, Theophilus Chin. Meskipun terpaksa bekerja dari rumah buat masa ini, namun ia tidak pernah menjadikannya halangan terus menyumbang karya untuk tatapan kita semua.

Kali ini Theo, memberikan gambaran reka bentuk sebuah model hatchback kompak yang merupakan versi produksi dari model Perodua X-Concept yang dipamerkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18). Model yang dinamakan Perodua KeliXa itu masih membawa unsur rekaan model konsepnya, tetapi diolah menjadi sebuah model yang sedia untuk dikeluarkan secara massa.

JOM BACA >> INTIP : KIA Seltos mula tiba di Malaysia

Menurut Theo, KeliXa adalah jelmaan semula model hatchback cilik Kelisa yang berada di antara Axia dan Myvi. Model ini bukanlah sebuah crossover dan ia merupakan sebuah model hatchback kecil yang seronok untuk dipandu. Dari segi reka bentuk, ia terus mengingatkan penulis kepada model ŠKODA Fabia generasi terkini kerana ia mempunyai persaman dari gaya profil bumbungnya.

Meskipun ia nampak sedikit tinggi, tetapi lekukan pada garis bahu dan lekuk pada bawah pintu serta lengkung tayar telah menjadikan keseluruhan rekaan sisinya nampak seimbang. Di bahagian depan, Theo masih lagi mengekalkan gaya rekaan konsep, tetapi ia telah diterjemahkan dalam bentuk produksi dengan sepasang lampu jenis LED, jeriji yang agak lebar dan bampar gaya ‘X’ yang diapit sepasang lampu kabus di penjuru kanan dan kiri.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Rim aloi yang digunakan adalah jenis lima jejari yang ringkas, tetapi masih lagi nampak sporty. Di belakang, rekaan KeliXa ini juga mengekalkan identiti model konsep asal, namun bentuk lampu diolah sedikit dengan kemasan lebih gelap dengan jejalur LED melintang. Bampar belakang juga kelihatan lebih kemas dengan gabungan dwitona.

Secara keseluruhan, rekaan KeliXa nampak berbeza berbanding ahli keluarga Perodua yang ada ketika ini. Mungkin apabila model ini disedankan atau disumpah menjadi crossover, ia bakal memberi bayangan kepada model generasi baharu Bezza dan KeliXa versi STYLE.

KLIK UNTUK BESARKAN

Perodua KeliXa

Perodua X-Concept

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung
JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply