ARKIB

KATEGORI

Tular

Jika ada terima pesanan ini di WhatsApp, jangan klik dan terus padamkan! – Modenas

Tular

Views

Sejak semalam, tular satu mesej di aplikasi WhatsApp menggunakan logo #MODENAS yang dikatakan menawarkan hadiah cabutan bertuah, sebuah skuter Karisma 125 bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-26.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Untuk menyertainya, orang ramai perlu melengkapkan borang soal selidik dalam tempoh satu minit terlebih dahulu dengan klik ke satu pautan yang agak mencurigakan.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Laman Facebook rasmi Modenas, menerusi satu hantaran mlam tadi menasihati para pelanggan atau orang awam agar tidak terpedaya dan ‘klik’ pautan ke laman web yang palsu tersebut atau tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi.

Tambah kenyataan itu, sekiranya anda telah menerima mesej sedemikian, sila padamkannya dengan segera. Pihak Modenas meminta kerjasama orang ramai untuk berkongsi informasi ini bagi meningkatkan kesedaran dan mengelakkan sebarang penipuan secara dalam talian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply