ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Jika Perodua hasilkan Alza generasi baharu, mungkin ini gambaran reka bentuknya

Gambaran Artis

Views

Pakar manipulasi automotif tersohor, Theophilus Chin kembali dengan karya terbaharu! Kali ini beliau memberi gambaran model pengganti Alza yang telah sedekad berada di pasaran. Model yang menjadi asas kepada rekaan Theo kali ini datangnya dari model konsep Daihatsu DN Multisix yang telah membuat kemunculan kali pertama di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2017.

Menurut maklumat awal, Perodua dikatakan sedang membangunkan model MPV tujuh tempat duduk baharu bagai menggantikan Alza (namakod D27A). Besar kemungkinan model tersebut nanti merupakan versi pengeluaran model konsep Daihatsu HY Fun yang dipamerkan di GIIAS 2019, bulan Julai lalu.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Berbalik kepada karya Theo, model DN Multisix telah diolah kembali supaya menjadi model pengeluaran dengan mengubah beberapa bahagian badannya. Paling ketara adalah bahagian bumbungnya yang kini lebih rendah dan ia lebih sesuai dengan gaya MPV keluarga saiz kecil.

Di bahagian depan Theo menggunakan gaya rekaan dari model Aruz terutama sekali bentuk lampu puncak yang nipis memanjang dan jeriji yang mempunyai beberapa bar melintang. Bahagian bampar membawa elemen rekaan X yang kini menjadi identiti keluarga baharu Perodua, yang mula digunakan pada model Myvi generasi ketiga hinggalah ke model Axia 2019.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Lampu kabus pula berada di penjuru kiri dan kanan bampar depan dan secara keseluruhan rekaan depan model Alza 2021 versi Theo ini nampak moden. Dari sisi Theo masih mengekalkan reka bentuk asal model DN Multisix dan di belakang beberapa perubahan dibuat terutama sekali bentuk lampu dan pintu.

Lampu belakang yang digunakan mirip dengan lampu belakang Daihatsu Rocky/Toyota Raize yang disambungkan dengan bar kemasan hitam berkilat. Paling menarik, lencana logo Alza telah ditempa terus pada pintu belakang dan ia nampak agak unik. Bampar belakang pula masih mengekalkan bentuk bampar asal DN Multisix dan ia nampak lebih ringkas dan kemas.

Kami menjangkakan model Alza (D27A) ini bakal diperkenalkan pada tahun 2021 selepas pelancaran model Daihatsu Xenia/Toyota Avanza generasi baharu yang turut berkongsi pelantar yang sama. Tahun depan dijangka ada beberapa model bakal diperkenalkan oleh Perodua, antaranya model Bezza dan Myvi facelift selain model SUV kompak D55L.

Apa pendapat anda mengenai model Alza versi Theo ini? Kongsikan di ruangan komen Facebook kami.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply