ARKIB

KATEGORI

Buletin

JKR Daerah Perak Tengah kata cat jalan tu hanya sementara, tapi Cip Lando ‘bidas’ balik…

Tular

Views

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Perak Tengah memaklumkan bahawa cat yang digunakan oleh beberapa pekerja penyelenggaraan jalan untuk mengecat garisan jalan adalah bersifat sementara.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya, JKR Daerah Perak Tengah berkata, penggunaan cat itu juga hanya untuk garisan berhenti sahaja.

Jelasnya, kerja-kerja tersebut dilaksanakan rentetan kekerapan aduan yang di terima oleh jabatan ini yang mendakwa lampu isyarat merah terlalu lama kerana penderia (sensor) tidak berfungsi.

“Hasil siasatan di tapak mendapati sensor masih berfungsi, tetapi pengguna tidak berhenti di atas sensor tersebut dan mengakibatkan sensor tidak dapat mengesan kenderaan yang melalui jalan tersebut.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

“Justeru, jabatan ini telah mengambil tindakan segera secara jabatan untuk mengecat garisan berhenti sementara di jalan tersebut memandangkan garisan tersebut telah pudar dan mengelirukan pengguna,” katanya.

Tambah JKR Perak Tengah, kerja-kerja mengecat garisan kekal akan dilaksanakan pada awal bulan September.

Sementara itu, aktivis jalan raya yang juga pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando berkata, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan JKR, penggunaan cat berasasakan air (water base) seperti yang ditularkan itu adalah sama sekali tidak dibenarkan.

“Saya sudah rujuk dengan JKR Malaysia, walaupun ia hanya sementara, tetapi pihak kontraktor perlu menggunakan cat yang sesuai yang mematuhi SOP yang ditetapkan ia jenis berasaskan pelarut (solvent base).

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Penggunaan cat ‘water basehanyalah untuk dinding kediaman atau bangunan sahaja. Ia tidak sesuai untuk kegunaan di atas permukaaan jalan raya,” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sekumpulan pekerja penyelenggaran jalan didakwa menggunakan cat dinding rumah untuk mengecat garisan di sebatang jalan raya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Lando Zawawi – Brotherhood Malaysia, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Seri Iskandar, Perak, semalam.

Malah, turut dikongsinya adalah sekeping gambar yang memaparkan dua orang pekerja sedang mengecat garisan jalan bersama tong cat jenama terkenal yang kebiasaanya digunakan untuk mengecat bangunan atau rumah. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit LANDO Zawawi – Brotherhood Malaysia

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply