ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Joli sakan’ lepas pecah masuk banglo sewa bapa saudara, siap beli motosikal, telefon dan buat hantaran tunang

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki memecah masuk kediaman sewa bapa saudaranya di Petaling Jaya bersama rakannya sebelum melarikan wang tunai serta barang kemas bernilai RM630,000 dalam kejadian pecah rumah pada 24 Ogos lalu.

Menurut Berita Harian, lelaki berusia 19 tahun bersama rakannya menggunakan wang berkenaan untuk berjoli sakan dengan membeli kenderaan, barang kemas selain dijadikan wang hantaran untuk pertunangan seorang daripada mereka.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas mereka ditahan dalam dua serbuan berasingan di Seremban, Negeri Sembilan dan Klang, Selangor pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 30-an selepas menyedari rumah sewanya dipecah masuk pada 24 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, pengadu memaklumkan peti besi yang diletakkan di ruang dapur rumahnya dilarikan. Anggaran kerugian dilaporkan dalam kejadian itu adalah RM630,000 termasuk wang tunai dan barangan kemas berjumlah RM200,000.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Wang berkenaan adalah hasil pelaburan mata wang asing oleh pengadu bersama isterinya sejak 2020 sehingga Januari lalu. Mohamad Fakhrudin berkata, susulan itu, pihaknya menahan 11 lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Seremban jam 3.30 petang, 31 Ogos lalu.

Dalam serbuan itu, pihaknya merampas dua motosikal jenis Yamaha dan Kawasaki, enam telefon pintar dan satu beg berjenama yang dipercayai dibeli menggunakan wang hasil curi.

Siasatan lanjut dilakukan membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berusia 20-an di sebuah rumah di Klang dan merampas satu telefon pintar, dua jam tangan berjenama, satu kamera, sebuah motosikal Kawasaki 150RR, sepasang selipar, satu kad pendaftaran motosikal serta wang tunai RM1,000.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di rumah 11 suspek berkenaan terletak di sekitar Klang membawa kepada rampasan pelbagai barangan dipercayai dibeli menggunakan wang hasil curi selain wang tunai berjumlah RM55,950.

Jumlah keseluruhan rampasan adalah RM271,209, manakala baki berjumlah RM158,791 adalah perbelanjaan suspek yang tidak dapat dirampas seperti pembelian aplikasi permainan dalam talian, pembayaran bil, bayaran upah pembaikan rumah dan lain-lain perbelanjaan tunai.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tambah Mohamad Fakhrudin, ada wang tunai dipercayai turut dibelanjakan suspek dengan mengunjungi pusat hiburan selain diberikan kepada ahli keluarga suspek untuk dibelanjakan.

Menurutnya, mangsa menyimpan wang serta barang kemas di dalam banglo satu tingkat itu yang disewa pada harga RM5,000 sebulan kerana dia mendakwa tidak percaya untuk menyimpan wang di dalam bank.

Bagaimanapun, rahsia mangsa menyimpan wang tunai serta barang kemas di dalam rumah itu diketahui anak saudaranya yang kemudian berkomplot bersama empat rakannya untuk memecah masuk kediaman berkenaan.

Malah, seorang daripada suspek juga didapati menggunakan wang hasil curi sebagai hantaran pertunangan RM10,000 selain pembelian barang kemas bernilai RM10,000 sebagai barang hantaran yang dirampas daripada tunang suspek berkenaan.

Katanya, semua suspek direman tujuh hari bermula 1 Ogos lalu hingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply