ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom Balik Kampung secara percuma bersama Bosch!

Views

Sempena Hari Raya ini, Bosch Automotive Aftermarket (AA) akan bekerjasama dengan Riding Pink untuk menghadiahkan 10 perjalanan percuma pulang ke kampung. Hanya 10 peserta wanita warganegara Malaysia sahaja bakal memenangi peluang keemasan ini bagi menyambut Hari Raya di kampung dengan percuma.

Bagaimana nak memenangi perjalanan pulang percuma ini?

Mudah sahaja. Hanya perlu memuat naik gambar “Keluarga Raya” terbaik mereka di Facebook Riding Pink dengan kapsyen, “Saya ingin memenangi perjalanan Balik Kampung percuma ke <nyatakan lokasi perjalanan> kerana <masukkan alasan >”. Kongsi gambar tersebut secara umum dengan hashtag, #GetItRight #StartWithBosch dan #RayaWithRidingPink dan hantar penyertaan. Pemenang dikira berdasarkan bilangan likes, kreativiti gambar dan kapsyen yang menarik.

Tempoh peraduan

Peraduan akan bermula dari 7 Jun 2017 hingga 15 Jun 2017. Pemenang-pemenang akan diumumkan di halaman kedua-dua Facebook Bosch Malaysia dan Riding Pink pada 16 Jun 2017.

Apakah hadiah yang bakal dimenangi?

Pemenang akan mendapat satu perjalanan percuma untuk bagi setiap lokasi tersebut: Alor Setar, Pulau Pinang (seluruh daerah), Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Port Dickson, Seremban (seluruh daerah), Melaka (seluruh daerah), Muar, Kuantan. Sebaik sahaja dipilih, setiap pemenang dibenarkan membawa dua penumpang wanita dalam perjalanan.

Selaras dengan kempen keselamatan kenderaan Bosch Automotive Aftermarket ” Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya”, semua kereta yang terlibat dalam perjalanan balik akan menjalani pemeriksaan penyelenggaraan oleh Bosch. Ini adalah untuk memastikan semua orang tiba ke destinasi mereka dengan selamat.

Pada 23 Jun 2017 jam 9.00 pagi, kereta-kereta pemenang akan bertolak dari pejabat Bosch di Petaling Jaya, Selangor. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Bosch Automotive Aftermarket, serta cara-cara mengenai penyelenggaraan kereta, sila layari www.startwithbosch.com/my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply