ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom bawa haiwan peliharaan ‘jalan-jalan’ dengan Maxim!

Info

Views

Berita baik kepada semua pencinta haiwan di Malaysia! Kini Maxim e-hailing membenarkan penumpang untuk membawa haiwan peliharaan bersama-sama semasa perjalanan.

Ia diperkenalkan sejak operasi Maxim di Malaysia pada tahun 2018 dan masih kekal aktif dengan maklum balas yang baik.

Penumpang boleh membuat tempahan dengan harga yang berpatutan walaupun ada tambahan haiwan peliharaan.

Maxim menyedari bahawa tidak semua mempunyai pengangkutan sendiri tetapi kebanyakan mereka memerlukan perjalanan dan asa segelintir yang memerlukan untuk membawa haiwan peliharaan bersama.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Dengan Maxim Malaysia, penumpang boleh membawa ‘si comel’ ke taman untuk berjalan-jalan, doktor haiwan untuk pemeriksaan perubatan dan juga mengembara bersama-sama.

Tempahan boleh dibuat di aplikasi Maxim dan berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Buka aplikasi Maxim, pilih lokasi sekarang dan masukkan destinasi untuk lokasi seterusnya.
  • Tekan butang (permintaan untuk perjalanan anda) dan tambah haiwan peliharan dalam tempahan
  • Maklumkan kepada pemandu di ruangan mesej mengenai haiwan peliharaan
  • Nikmati perjalanan

Tip yang boleh digunakan untuk penumpang adalah untuk duduk di bahagian belakang kereta dengan haiwan peliharaan mereka bagi mengawal pergerakan dan aktiviti haiwan peliharaan, kadang-kadang ada juga yang membawa beg atau sangkar kecil bersama.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pada tahun 2022, data menunjukkan bahawa Maxim menerima lebih dari 500 pesanan oleh penumpang yang membawa haiwan peliharaan bersama ketika perjalanan dan ia berjalan dengan lancar.

Informasi juga menunjukkan bahawa jenis binatang yang menaiki Maxim adalah kucing dan anjing, kebanyakan tempahan perjalanan pergi ke doktor haiwan atau kedai binatang peliharan.

Dengan ini, Maxim Malaysia ingin menasihatkan pengguna supaya tidak perlu bimbang untuk membawa haiwan peliharaan anda bersama-sama, hanya menempah dengan Maxim e-hailing.

Mempunyai haiwan peliharaan yang akan membawa banyak kegembiraan dan keseronokan dalam kehidupan, rakyat Malaysia sangat menggemari kucing ‘Oyen’ yang sangat nakal dan menghiburkan semua orang.

Dengan itu, semua pemilik haiwan peliharaan boleh tersenyum riang kerana tidak perlu fikir panjang lagi jika ingin membawa haiwan peliharaan mereka bersama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply