ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Jom ke Volkswagen Autofiesta hujung minggu ini!

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia akan mengadakan tawaran hebat hujung minggu dan ia bakal diadakan di seluruh wakil pengedar sah Volkswagen seluruh negara. Acara “Volkswagen Autofiesta” akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober ini adalah bagi meraikan tawaran kadar faedah rendah untuk model Vento, Jetta dan Passat.

Promosi ini akan menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 0.28 peratus untuk model Vento 1.6L, dan kadar faedah bermula dari 0.88 peratus untuk Jetta Comfortline dan keseluruhan varian Passat. Bukan itu sahaja, model-model yang dinyatakan juga diberi pakej penyelenggaraan secara PERCUMA selama lima tahun!

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan, termasuklah pelbagai makanan dan pencuci mulut, aktiviti kanak-kanak, cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang menarik dan banyak lagi. Bagi mereka yang memandu uji dan menempah kereta Volkswagen pada hujung minggu ini turut menerima hadiah eksklusif.

Seluruh wakil pengedar sah Volkswagen akan menyambut “Autofiesta” sehingga jam 8 malam sepanjang hujung minggu, jangan lepaskan peluang untuk ke acara ini. Jom ramai-ramai ke sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply