ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom kita ke Karnival Pandu Uji Mega PROTON BOLA! BOLA! BOLA! hujung minggu ini!

Views

46EECD6A70734890B00B78709BBC3A79.ashx

Kepada yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang, anda dijemput untuk ke Karnival Pandu Uji Mega PROTON BOLA! BOLA! BOLA! hujung minggu ini di tempat letak kereta Stadium Shah Alam (berdekatan litar Go Kart). Acara akan bermula pada 30 November 2013 (Sabtu) hingga 1 Disember 2013 (Ahad) jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

79 unit kereta Proton pelbagai model termasuklah Suprima S, Prevé, Exora, Saga, Satria Neo dan Inspira akan disediakan untuk dipandu uji. Selain itu, pengunjung bakal menikmati diskaun sehingga 15% untuk model kereta Proton yang terpilih sepanjang acara berlangsung.

Diskaun sehingga 60% juga turut diberi untuk alat ganti yang terpilih bagi model Waja, Wira, Savvy, Persona, Inspira, Saga dan lain-lain. Ada antaranya dijual dengan harga serendah RM1.00. Pelajar yang ingin memiliki kereta sendiri boleh menggunakan skim pembiayaan Easy Financing dari Maybank, yang membolehkan mereka untuk membuat pinjaman jika dijamin oleh ibubapa atau saudara terdekat yang bekerja. Graduan juga boleh memohon skim ini hanya dengan mengemukakan surat tawaran kerja yang sah.

Skim pembiayaan Maybankard EzyPay juga membolehkan pemegang kad kredit Maybank untuk membuat pembayaran sehingga 10% bayaran pendahuluan menggunakan kad kredit Maybank tanpa faedah dan skim pembayaran mudah. Hadiah istimewa turut diberikan kepada guru dan jururawat yang memohon pinjaman sewa beli Maybank sepanjang acara berlangsung.

Program pencarian bakat KRU Studios turut diadakan untuk memilih pengunnjung yang berbakat dalam nyanyian, tarian, lakonan selain persembahan istimewa daripada Forteen, Aweera (MOJO) dan SOFARZ. Aktiviti “Gymkhana” dan demonstrasi daripada pasukan PROTON R3 dan LOTUS Cars Malaysia juga turut diadakan sebagai acara sampingan.

Untuk pengunjung yang membuat pandu uji apa-apa model kereta Proton, secara automatik layak untuk menyertai peraduan “Pandu dan Menang ” dimana mereka berpeluang untuk memenangi model terbaru Proton Prevé LE. Hadiah harian seperti TV Led 42”, Samsung Galaxy Note 3, iPad Mini dan hadiah mingguan wang tunai RM500 turut menanti para peserta. Moh kita ke sana!

* Proton Persona SV akan dilancarkan pada Sabtu ini di tapak karnival. Jadi sesiapa yang berkesempatan ke sana boleh la melihat sendiri varian SV terbaru dari Proton! 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

15 Comments


    • Dah pergi tadi, tapi sempat test drive suprima je, sebab dah hampir senja, memang menarik..berderet test car unit..daftar je terus dapat kereta …

      – kuasa suprima mmang power..tekan minyak macam nak melompat je perginya…takde lag pun…sempat pusing stadium lagi..tapi sebab kereta banyak tak leh nak pecut lebih lebih…tapi setakat nak mencilok/memotong rasanya memang brani lah..dengan kuasa yg sangat mencukupi…

      – test pilot pun peramah (dia kata dia jurutera enjin), cuma dia tak tau blog ni jeh…kalau tak mesti dia tau apa yg orang nak dari proton..
      – berita baiknya dia kata karnival ni akan diadakan seluruh negara…

      sapa tak pergi rugi rasanya..(dapat goodies-mug proton bro)..

      esok nak pergi lagi, nak test preve ngan exora bold pulak…

      harap dapat joy ride lotus @ neo r3…

      ha ha…smpat ke tak tak tau lagi..


  • Good job Proton & all the staffs. Bukan senang untuk menganjurkan big event mcm nie. Ramai diluar sana yg tidak mengetahui kehebatan Proton. Melalui test drive activities mcm ni akan membuka mata dan hati mereka tentang New Proton. Proton dulu adalah jauh berbeza dengan Proton skrg.


  • Proton is perceived as cheaper car. pay less for more generally. This makes suprima s in limbo. 80K is quite a money. its between exora bold and suprima s that best suit for more of a car for the money. therefore exora bold wins. more and more exora seen on the road leaving the suprima in the showroom


    • Susah jugak nak cakap kerana ia amat bergantung kepada segmen market mana yang proton ingin tembusi. Kalau family yang anak 4 dan ke atas mungkin exora amat menarik tetapi untuk keluarga kecil mungkin suprima s lebih berbaloi kerana lebih mudah untuk menjaga dan juga lebih kos efektif.


  • Persona SV … dual airbag, ABS + EBD …. siap masuk 4 disc brake …. harga ok tu, 43k-47k … dengar kata ada warna baru untuk persona SV, warna biru Suprima S ….


  • ada SV version mmg bagus.

    tapi aku lagi suka kalau proton kekalkan line yang lama tapi increase spec. lcd screen, reverse camera, gps, leather seats, tuka la stearing lama yg bosan tu pakai stearing mcm preve tu yang jauh lagi cantik, steering dengan butang,

    benda lain yg remeh tapi penting, dan banyak lagi benda yang boleh tambah juga value dia. sedangkan suprima S proton buat sebagai kereta yang paling lengkap aksesorinya dan bangga dgn suprima tu, tapi model lain proton tak usaha utk melengkapkan aksesori.

    sprintex supercharger , pengguna tambah sendiri la kalu nak dapat 170+bhp


  • Through my observation there are 2 models are on the top of sales chart for proton cars
    1 saga sv 2 e bold standard, evdently its the bang for bucks factor

Leave a Reply