Maxim Malaysia kini mempelawa semua yang berminat untuk menyertai mereka dan menjadi pemandu e-panggilan.
Peluang ini dapat membantu rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan, pelajar lepasan universiti dan pencari kerja separuh masa.
Masa bekerja adalah anjal/fleksibel, di mana rakan-pemandu dapat memilih waktu kerja yang diingini, sama ada ingin menjadi rakan-pemandu sepenuh masa atau separuh masa.
Sebagai tambahan, Maxim Malaysia mencadangkan rakan-pemandu untuk mengaktifkan aplikasi sebelum pergi bekerja dan mencari penumpang yang ingin ke destinasi yang sama, bagi menjimatkan kos perjalanan.
Dengan era ekonomi yang berkembang pesat, wang sampingan atau lebihan amatlah penting terutama selepas ramalan inflamasi ekonomi pada tahun-tahun yang mendatang.
Maxim Malaysia merupakan salah satu platform untuk menjana pendapatan di mana sesiapa yang mempunyai pengangkutan boleh terus menyertai kami.
Rakan-Pemandu boleh menikmati pendapatan pada setiap perjalanan, dengan kesempatan ini rakan-pemandu separuh masa mendapat modal pusingan minyak kereta setiap bulan dan masih mempunyai pendapat lebih untuk berbelanja.
Tambahan pula, rakan-pemandu diberi kelebihan untuk memilih perjalanan di aplikasi, ini dapat memudahkan mereka di mana boleh memilih perjalanan yang berdekatan dengan lokasi dan menyusun jadual perjalanan.
Harga tempahan boleh diketahui lebih awal, oleh sebab itu rakan-pemandu dapat menyasarkan pendapatan yang ingin dicapai.
Sistem sokongan amatlah penting, ini kerana Maxim Malaysia merupakan industri perkhidmatan di mana banyak berhubung dengan awam.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Kebanyakan rakan-pemandu dan penumpang memerlukan pertolongan dan mempunyai masalah yang ingin ditanya.
Maxim Malaysia amat cakna dengan perkara ini, di mana pihaknya begitu mengutamakan perkhidmatan awam yang terbaik
Pihaknya boleh dihubungi semasa waktu bekerja menerusi dalam talian, sosial dan berjumpa dengan khidmat pelanggan di pejabat berhampiran.
Maxim Malaysia berkembang kukuh, dan tersedia di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di 59 bandar seluruh negara.
Tempahan juga semakin meningkat setiap hari terutama ketika waktu hujan dan cuti sekolah. Masih belum terlambat untuk menyertai, daftar sekarang dan menjadi sebahagian daripada Maxim Malaysia.
Rakan-pemandu boleh memuat turun aplikasi taxsee di Google play store dan Apple apps store. Maxim Malaysia akan menghubungi rakan-pemandu untuk maklumat lanjut selepas pendaftaran dalam talian.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI