ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom tengok karya Photoshop PCC versi sedan dan facelift!

Views

PROTON-SAGA3 front

PCC versi sedan dan facelift ini adalah hasil karya rakan-rakan kita yang sememangnya pakar dalam menggunakan perisian Adobe Phostoshop. Versi sedan atau gambaran pengganti Saga, telah dihasilkan oleh Mohd Firdaus Yawahil manakala untuk versi facelift direka oleh Mohd Najmi Rosdi. Kedua-dua karya ini telah dihantar melalui email.

IRIZ

Sekali imbas PCC [email protected] 3 nampak seperti Persona dari bahagian sisi dan belakang. Mungkin juga Proton akan jadikan PCC [email protected] sebagai pengganti kepada Persona sekaligus memandangkan ia berada dalam segmen yang sama. Versi facelift pula nampak lebih sporty dan garang kerana rekaan corong udara di bumpernya lebih luas dan lebar. Kalau jadi hot hatch pun sesuai sebab rupanya yang lebih aggresif. 😉

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

IRIZ-red PROTON-SAGA3  rear IRIZ-brown

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

64 Comments


    • Mmm… lupa nk komen pasal gambar rendering sedan nie:) Usaha yg baik. Cuma blakang tu amat ke ‘SAGA’ an sgt. Oleh kerana wheel base model iriz nie panjang, patutnya jarak boot n C-pillar akan patut kontot. Nie trend rekaan masa depan sama seperti model civic, preve, honda city dll. disamping bentuk begini menjadikan ia lebih stabil, aerodinamik dan daya seretan rintangan pun kurang seterusnya menjimatkan penggunaan minyak:)

      Bagi menguatkan karaktor sedan, DRL sedan nie patut berada dlm lampu depan x perlu direka terpisah, nampak lebih solid, Cuaca gelap menjadikan sedan nie ada karisma dgn kedudukan DRL sebegitu:) Utk model sedan sy x minat bahagian bumper dpn ‘kelihatan’ luas dgn lubang2. Hey, ini sedan bukan hatchback yg patut bersifat ranggi:) Ciri sedan perlu nampak eksklusif, matured dan sedikit sentuhan muscle:) DNA Iriz adalah platform yg baik. Tinggal lagi risau rekaan lampu blakang jer nanti. Utk saga3, harap sgt proton tampil dgn konsep cembung berbanding cekung seperti kat preve tu. Lebihkan cathode tube light mcm kat Suprima S. Biar model preve dgn sifat tu. Kurangkan rekaan melengkung ke bawah. Nanti keseluruhan blakang nampak sedih jer seperti rekaan model2 Audi:) Fheng Shui x ok:)

      Bar chrome rendering kat blakang tu agak ke bawah. Bayangkan kalau muka kita bahagian kening berada kat area paras hidung, tentu janggalkan? So, better ataskn sket atau kalau ada idea yg lebih menarik seperti mazda6 sedan punya:) Garisan melintang nie penting supaya rekaan dari depan, sisi dan blakang ada kesinambungan dan bahagian blakang akan kelihatan lebih lebar.

      My 2 cents.

      Cheers!


  • Sedan tu macm, x blend well depan belakang sisi… rasanya sedan saga3 xkan curvy macam ni, sebab design die more to boxy, n curve pun nak2 je… so, less likely.

    Tp versi FL tu, mengancam…


  • Lupakan sedan, jadikan wagon aja…but lebih besar dari sedan, dan ramai orang boleh beli, termasuklah peniaga….model sport wagon boleh letak enjn CFE…amacam Proton??


    • Maybe hang akan beli, tapi hakikatnya poton akan lose lagi banyak target buyer. Org beli saga ni biasenya yg muda baru bekerja akan beli, or bapak yg beli untuk anak yg masuk kolej. Kalo jadi wagon, abeh la. wagon is not a popular choice among malaysian.


      • toyota caldina tu sejenis wagon jugak…walaupun wagon tp design semat kemain….xsalah klu dipanjangkan iriz ni jadikan 5+2 just make sure it look sporty like caldina kompom laku punye


      • Kalau jadi dipanjangkan macam wagon pun akan jadi macam saiz Honda Freed atau Alza aja…nak jadikan 5+2 pun boleh…silap hari bulan makan share market Alza…


  • wow..smart..iriz bakal menyertai group ah beng nanti..pasti banyak aksesori yg menarik untuk yg gemar menghias kereta mereka.


    • Betul sesangat bro protonprodua

      ah beng pun ah beng la

      semua yg di photoshopkan..makin garang kete ni..masuk semua design tu

      Kaki modi memang suka la si Iriz ni nanti..hot hatch..

      kena plak ngan CFE memang bedesup la…

      * sedan tu tak sesuai la pulak.


  • proton kena buat kereta ni versi mpv kecil macam alza sebab design depan kena dengan mpv. harga target 50k. tapi versi mpv kecil yg menarik macam toyota wish atau honda stream


    • jgn risau..5-6 tahun lagi akan lengkap semua segmen dalam barisan model proton. tahun depan saga 3 dgn perdana D segmen. jgn dilupa proton akan keluarkan hibrid tak lama lagi. masa tu kereta hibrid proton akan menjadi pilihan org yg ingin membeli hibrid.


  • Salam tuan2, maaf sy nak tanye… kpd otai2 yg tahu.. betul ke saham Proton telah dibeli oleh company USA/ Israel? Sy ditanya oleh seorng kwn, katanya beliau hadir satu kursus oleh PNB (permodalan nasional berhad), dengan ayat begini :

    ” org2 PNB tu beritahu jangan beli Proton sbb company Amerika dh beli, so beli Toyota dan Produa sebab keuntungan akan balik kepada orang kita, PNB ada saham.. PNB mahu selamatkan Bumiputera, so jangan beli Proton dr sekarang..”

    Pada sy lebih rasa ini satu fitnah besar, apakah dengan kemunculan Iriz ada pihak sanggup buat fitnah kotor begini krn setahu saya pemegang saham majoriti ialah Kumpulan DRB- TS Syed Mokhtar. Bila pulak company Amerika-Israel beli saham Proton?

    Keduanya, betul ke PNB ada saham dlm UMW Toyota? Betul ke statemen org2 PNB tu? Mohon penjelasan dari tuan2 pakar industri automotif disini. Jika tak betul siapa dia dalam PNB yang tukang buat dosa kering ini?

    Maaf jika out of topic.

    Mohon penjelasan segera.
    Terima Kasih.


    • mereka tahu kuasa membeli terletak pada Muslim..
      dan caranya membiarkan Muslim memboikot produk Muslim sendiri..

      Berita tu kaitan Proton dengan Israel semua karut dan mungkin dicipta oleh kamu sendiri..


      • Tuan, saya sendiri tak percaya dan saya yakin itu fitnah, tambah pua dengan Proton Iriz nak keluar.
        Kenapa saya pula dituduh, Jangan tuduh saya begitu, tak baik lah. niat saya ikhlas utk terangkan pd kwn2 jika hal ini tersebar. Saya sendiri pakai Proton SAGA BLM.
        Cuma saya tanya untuk pengesahan.


    • tak betul..beli je proton atau perodua..dua2 syarikat tmpat melayu islam kita cari mkn. cuma jgn beli kereta jenama qorros..kereta syarikat israel-china.


    • Mmm… Pertama, mengarut ar pasal kaitkan Israel/US dgn proton. Proton dh milik DRB-Hicom ar:) Org yg dok suruh jgn beli produk proton tu dh tentu la dari company pesaing proton.

      Kedua, cuba hadam maklumat nie; 38% share Perodua dari UMW n 20% adalah Daihatsu dan 10% dari PNB. 51% share UMW holding nie adalah UMW Toyota Motor S/B. Seperti yg kita sedia maklum diorg nie adalah franchiser produk toyota n lexus di M’sia. Kaitannya UMW dgn PNB; 51.9% share UMW adalah milik PNB n EPF. UMW nie kiranya adalah company konglomerat diorg ada division seperti automative, oil n gas, construction, engineering dll. So, utk soalan bro; PNB ada saham dlm UMW toyota. Tapi dlm division automotif, seakan UMW toyota = toyota:P even Perodua = toyota company. Toyota>Daihatsu> Perodua. Perodua adalah subsidiary company bagi Daihatsu dan Daihatsu adalah subsidiary company bagi Toyota.

      Cheers!

      sumber: UMW corporate presentation 2014 : http://ir.chartnexus.com/umw/doc/Corporate%20Presentation.pdf


      • Alhamdulillah, terima kasih banyak2 tuan. Saya sendiri sedih dgn fitnah pada Proton, ketika Proton sedang berubah lebih baik, perosak dari kalangan dalam negara sendiri.
        Cuma semalam saya tak puas hati saya browse masuk laman web ni. Saya tak tanya di web Paultan.com sebab disana agak ‘racist’ dan anti Proton.
        Saya mohon maaf jika soalan ini sensitif.
        Saya support Proton sebagai company Melayu Islam sejak dulu lagi.


        • mangkuk mana nak beli proton? surviving by goverment money…track record bagus sangat ke? jualan masih lagi jualan dalaman negara..apa ROI dia? ataupun how much money to inject to get ROI? american-israel nak beli company….. no one is bothered la.. yang interest paling kuat pun ialah VW… itupun sebab dia nak factory tu… dah sedia ada..n VW has money..


          • Mmm… bagus la xde company asing yg take over proton. Nasional car kan? Mana ada negara2 pengeluar kereta lain yg ada nasional car? Mmg ramai yg jeles dgn prton nie sebab dpt support by gov, projek gov bagi memacu industri automatif negara. Mgkin la proton sebagai penghalang utk diorg kuasai pasaran kereta di M’sia:P

            Cheers!


          • Macam2 spekulasi dan fitnah utk jatuhkan Proton.
            Cerita2 bagai2..
            Semakin maju Proton dengan model terkini semakin pelik2 pulak cerita, yg lbh pd sabotaj.

            Hopefully Proton will survived.
            Tak kisahlah kalau Govt Protect pun janji bawa manfaat.
            Ade salah pun jika Govt buat yg terbaik.
            Krn Govt lah Proton masih wujud sbg entiti nasional sbg skrg.

            Kalau ikut emosi lampau..mungkin sudah jd milik asing..

            skdr pandangn.

            🙂 🙂


      • Ok tuan, Insya Allah saya akan sebarkan kembali maklumat2 diatas jika disangkal oleh ‘ejen2’ perosak Proton ini. Saya terkejut sebab diceritakan oleh org2 PNB dalam suatu kursus. Ini sikap buruk, bersaing cara tak sihat dan menipu dan menjatuhkan Proton secara fitnah.


      • Ya tuan, saya faham, terima kasih untuk pencerahan. Saya yakin mereka rasa tergugat dengan kehadiran Proton Iriz.. dan perkhabaran line-up gantian baru tahun hadapan. Selama ini market share kereta kecil tiada pesaing tempatan, jadi bila Proton Iriz muncul dengan gaya rekabantuk menarik, berbeza daru dlu, org2 tertentu yang tak ‘sihat’ ini mula mahu jatuhkan Proton. Saya sendiri fikir saham DRB tak berubah dengan Proton. Sejak bila pila ada company US/Israel take over. Mesti stake holder Proton lain takkan senya sbb melibatkan maruah negara dan Islam.

        TQ


  • nice photoshop.but for sedan, make it better design for 3/4 backside.

    BTW, what happend with this funtasticko for the last few weeks? all comments need to provoke each other? it is not healthy discussion. c’mon guys.


  • Tuan tanah,
    Bagaimana nak elakkan iklan yang mengganggu setiap kali buka blog tuan.
    Amat kurang senang.
    Banyak kali saya membatalkan niat membuka page ini akibat iklan tersebut.
    Terima kasih.


    • Betul tu, selalunya smpi tak blh buka langsung sebab dihalang oleh iklan..tlg la buat sesuatu…blog dh menarik tp iklan bodoh camtu dh buat org nyampah nk baca blog ni…


  • lagi seminggu nak launch, xde leak gambar lagi ke? hehehe,leak gambar kaler lain ke? hope ade leak gambar moondust silver la a.k.a grey


  • Iriz ni akan dijual di Australia kan? Mesti aussie pening kepala nak beli mazda 2 ke atau iriz ni…Nampak mcm iriz lg sporty dari mazda 2.


      • Tak salah rasanya nak bandingkan iriz dgn mazda 2. Seperti org cakap, kecantikan tu subjektif.

        Iriz mungkin kalah dari segi teknologi mazda 2 yg menggunakan skyaktiv.

        sebenarnya proton mampu menggunakan teknologi yg lebih canggih dari itu, tapi sanggupkah anda membayar proton dgn harga RM90K untuk kereta yg mempunyai teknologi yg canggih?


      • Mmm… Iriz n mazda 2 hatchback dh dlm liga yg sama kot? X segan la kalau 2 model nie duk sid by side:) Ada org suka tgk wajah mazda2 baru yg mcm angry bird tu n ada gak yg suka tgk muka iriz yg comel nie. Citarasa masing2 ler. X perlu jeles ar:P Dua2 pun sporty. No hal la:) Yg penting myvi n iriz, Iriz is better:P

        Cheers!


  • Rendering face depan tu mcm xbrape nk masuk dgn side profile..
    Iriz punye design ni berpotensi besar utk sedan global, better dr design Preve yg ahak straight cut


  • Hopefully this time around, Proton keluarkan Saga versi Wagon, so tak perlu susah-susah nak re-engineer door & boot profile untuk sedan. Panjangkan wheelbase & rear overhang. Macam Honda Airwave, wagon versi Jazz Mk1. Lagipun Proton dah daftar nama ‘Aero’ sebagai paten.. Iriz Aero perhaps? ini hanya spekulasi sahaja. 🙂


    • Mmm… statistik model wagon amat tidak popular di M’sia. Model wagon sgt popular di kalangan negara eropah n negara2 sejuk atas faktor cuaca n topografi n geografi:) Diorg musim sejuk mudah beli borong brg2 keperluan kat hypermarket. Pergerakan dari satu lokasi ke lokasi yg jauh dgn membawa brg2 yg banyak memungkinkn model wagon nie sesuai utk kegunaan mereka:)

      Cheers!


  • Proton punya planning selalu tak ikut track. Tak tau sebab apa. Mungkin masalah modal?. Aku tak berapa yakin saga 3 akan keluar tahun [email protected] Lepas tu ada ura2 perdana pun nak keluar tahun depan. Kemungkinan perdana dulu yg keluar sebelum saga 3?.

    Setakat ni, proton tak pernah launch 2 model baru dlm tahun yg sama. Tahun lepas pun ada yg bgtau, proton nak keluarkan hybrid utk saga/preve.aku tertunggu2 juga, tapi senyap semula.

    Kebanyakan planning proton lebih kpd rumors berbanding kenyataan. Mungkin juga proton tak dedahkan planning dorang. Perkara ni mungkin tak penting, tapi kalau kita tau planning proton untuk 2-3 tahun mendatang, campromania tak menang tangan mengupdate blog. Mesti meriah.


    • nak keluarkan suprima s manual pun tak siap2 ..dah lebih satu tahun dah… itu la proton ..apa nak cakap…

      mimpi je lebih keja tak jalan.

Leave a Reply