ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ dan SPRM siasat pegawai yang didakwa terbabit jual ‘Lesen Gerenti Lulus’

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ada pegawainya terbabit kegiatan menjual ‘lesen terbang’.

Berita Harian melaporkan, dalam satu kenyataan hari ini, JPJ memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan yang dibuat oleh seorang pempengaruh atau ‘influencer‘ media sosial menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Individu itu mendakwa terdapat pegawai JPJ yang terbabit secara langsung dalam aktiviti menjual lesen memandu secara haram dengan menerima wang sogokan biarpun tidak melepasi ujian yang ditetapkan di institut memandu.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

JPJ mengambil serius akan kenyataan itu dan siasatan segera akan dilakukan dengan kerjasama pihak SPRM. JPJ akan memanggil individu terbabit untuk mendapatkan kenyataan lanjut dan membantu siasatan jabatan.

Katanya, JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku membabitkan warga kerjanya jika benar seperti yang didakwa.

Sehingga kini, beberapa siri siasatan SPRM sudah dijalankan seperti yang dilaporkan oleh media, contohnya pada 2018.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Terdahulu, individu terbabit dalam hantaran video di Facebook yang bertajuk ‘Lesen Gerenti Lulus‘, malam tadi mendakwa wujud tawaran menerusi media sosial mendapatkan ‘lesen terbang’ atau lesen memandu tanpa perlu mengikut prosedur sah.

Menerusi video berdurasi dua minit enam saat itu, individu berkenaan mendakwa kegiatan itu didalangi sindiket dianggotai pelbagai pihak termasuk pegawai JPJ sendiri.

Dakwanya lagi, kegiatan sedemikian sudah beberapa kali didedahkan media sejak 2014, namun masih berleluasa dan sindiket didakwa semakin berani dengan mengiklankannya di media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply