ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Kelantan lelong 75 kenderaan dilucut hak – Harga serendah RM120

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong 75 buah kenderaan yang telah dilucut hak pada harga serendah RM120 sehingga RM11,800 bermula 11 hingga 18 Julai ini.

Menurut K! ONLINE, Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tawaran sebut harga bagi kesemua kenderaan itu dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh tersebut.

12 Kereta Rare Bawah RM5K - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ sekali gus dapat mengekang penularan COVID-19.

Jelasnya, kaedah ini berbeza dengan lelongan awam apabila mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyatakan sebut harga dan semua akan dijalankan secara dalam talian.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Tambah beliau, pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Proton Saga dan Proton Iswara yang bermula pada harga RM120 sehingga RM11,800.

Menurut Hanif Yusabra, nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Keterangan lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply