ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Melaka lelong 46 kenderaan – Termasuk Mini Cooper dan Subaru Impreza dengan harga bermula dari RM10K

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melelong sejumlah 46 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta mewah Mini Cooper dan Subaru Impreza pada harga bermula RM10,000 pada bulan depan.

K! ONLINE melaporkan, Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, beberapa kenderaan mewah tersebut merupakan kereta klon yang dirampas dalam operasi sebelum ini dan telah dilucut hak sebelum dilelong bermula 6 September.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Kata beliau, pihaknya akan melelong sebanyak 46 buah kenderaan dengan nilai terendah adalah RM965 dengan beberapa kereta mewah iaitu Mini Cooper dan Subaru Impreza akan dilelong pada harga bermula RM10,000 sahaja.

Beliau memberitahu, JPJ Melaka menyasarkan nilai lelongan kesemua kenderaan tersebut akan mencecah RM1.5 juta dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Tambah beliau, dokumen sebut harga boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang serta di laman sosial Facebook JPJ Melaka dan dihantar semula menerusi pos atau serahan di kaunter.

Bagaimanapun, disebabkan negara masih lagi bergelut dengan kes-kes COVID-19, pihaknya hanya membenarkan seramai 20 orang sahaja hadir untuk lawatan tapak pada setiap hari dan permohonan perlu dibuat melalui Google Form.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply