ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

JPJ perkenal Sistem Pendaftaran Kenderaan Tanpa Sempadan mulai 1 Mei!

Views

IMG_8929

* Foto hiasan

Lepas ini kalau anda nak daftar kenderaan ikut negeri yang disukai tidak perlu ke negeri tersebut lagi. Ini kerana bermula 1 Mei, anda boleh memilih nombor pendaftaran mengikut negeri yang dikehendaki dan mendaftarkannya di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara. Dengan adanya sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan ia akan memudahkan lagi proses tersebut.

Sebagai contoh, jika anda di Wilayah Persekutuan nak nombor pendaftaran Pahang, anda boleh terus memohon di JPJ Wilayah Persekutuan tanpa sebarang bayaran. Sistem pendaftaran kenderaan tanpa sempadan dilaksana menerusi perkhidmatan pengkomputeran mySIKAP.  Diharap lebih banyak lagi pembaharuan dilakukan oleh JPJ untuk memudahkan urusan pengguna selepas ini.

* Bagus sistem ini, lebih mudah dan cepat. Tunggu 1hb Mei nanti ye. 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments

Leave a Reply