ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Perlis saman dan sita kenderaan dipandu pelarian Rohingya

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesan terdapat warga asing yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didapati dengan sewenang-wenangnya memiliki dan memandu kenderaan di negeri ini.

Menurut Berita Harian, Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, terdapat ketetapan undang-undang pengangkutan jalan di negara ini yang melarang sama sekali warga asing pemegang kad UNHCR terutama warga Myanmar dari etnik Rohingya memandu atau memiliki lesen serta kenderaan di negara ini.

Malah, pihaknya mendapati, ada warga tempatan terutama majikan kepada pemegang kad UNHCR ini membenarkan warga asing ini memandu kenderaan milik mereka sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna jalan raya disebabkan golongan ini tidak mempunyai lesen memandu sama sekali.

Berdasarkan rekod mereka sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka pada 1 April lalu, sebanyak tujuh kenderaan disita membabitkan masing-masing tiga motosikal dan kereta serta sebuah lori.

Daripada jumlah itu, enam daripadanya adalah warga Myanmar etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR serta seorang warga Pakistan.

Semakan pihaknya mendapati kebanyakan kenderaan yang disita adalah milik warga tempatan yang didapati menyewakan kepada warga asing ini untuk kegunaan harian mereka.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) Bersepadu yang dijalankan antara JPJ Negeri Perlis dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar di Bulatan Padang Besar, semalam.

Katanya, semua yang ditahan itu sudah pun dikenakan saman kerana melanggar pertauran jalan raya di negara ini. Tambahnya, memang sudah termaktub dalam undang-undang jalan raya bahawa warga asing pemegang kad UNHCR tidak dibenarkan memandu apatah lagi menunggang motosikal di negara ini.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Ujar beliau, pihaknya boleh menahan dan memberikan kompaun kepada mereka atas kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, Fatimah bersama anggota JPJ serta polis trafik bertugas memeriksa dan meninjau kenderaan yang baru masuk ke negara ini di Bulatan Padang Besar berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQs) Padang Besar.

Dalam operasi selama tiga jam yang bermula jam 9 pagi itu, sebanyak 37 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya terutama warga asing dari Thailand yang melalui kawasan bulatan berkenaan sebaik memasuki negara ini.

Antara kesalahan yang didapati dilakukan adalah cukai jalan tamat tempoh, tiada insurans kenderaan, memandu dalam keadaan bahaya, tidak memakai tali pinggang keledar dan pelbagai lagi kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Perlis

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply