ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Pulau Pinang jalankan advokasi terhadap penjaja jalanan

Berita Tempatan

Views

JPJ Negeri Pulau Pinang menerusi satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pihaknya telah menjalankan advokasi terhadap penjaja jalanan yang menjual buah-buahan di persimpangan jalan lampu isyarat di beberapa lokasi utama jalan di sekitar Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, petang semalam.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Tujuan advokasi ini dijalankan adalah bagi memberi nasihat dan kesedaran keselamatan jalan raya terhadap penjaja buah – buahan di jalanan serta risiko kemalangan terhadap penjaja itu sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Sepanjang advokasi yang di jalankan selama 2 jam, seramai 13 orang penjual jalanan telah diberi nasihat dan penerangan serta kesan yang akan dihadapi sekiranya mereka masih meneruskan aktiviti menjaja di jalanan. Nasihat juga diberi supaya penjaja jalanan mencari lokasi lebih sesuai dan tidak berbahaya kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Peruntukkan undang – undang sedia ada yang membolehkan tindakan diambil terhadap penjaja jalanan di bawah Kaedah 10A(1) 1959 ( LN 166/1959 ) iaitu menawar atau menjual benda atau barang kepada mana – mana orang yang berada di dalam atau di atas apa-apa kenderaan motor di persimpangan jalan atau mana- mana jalan raya.

Bagi pembeli pula tindakan boleh di ambil di bawah Kaedah 10A (2) 1959 ( LN 166/1959 ). Kedua-dua kesalahan tersebut boleh di kenakan hukuman di bawah Seksyen 119(2), denda tidak melebihi RM 2,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Pulau Pinang

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply