ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Selangor dapat RM527,878 lelong kenderaan sita, Honda Integra catat bidaan tertinggi

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Selangor mencatatkan kutipan sebanyak RM527,878 menerusi acara Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3/2022 di Seksyen 7, di Shah Alam pada Isnin.

Menurut Sinar Harian, Pengarahnya, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, sebanyak 135 buah kenderaan pelbagai jenis yang disita sejak lima tahun lalu terjual dalam acara lelongan berkenaan.

Katanya, sebanyak 135 kenderaan yang disita JPJ Selangor telah dilelong selepas mendapat arahan lucut hak daripada mahkamah.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Acara semalam mendapat sambutan daripada individu persendirian dan ada juga pemilik bengkel yang hadir. Keseluruhannya sebanyak 180 dokumen lelongan berharga RM70 setiap satu telah terjual.

Khairul berkata, jumlah pembida yang hadir pada acara berkenaan adalah seramai 92 orang manakala harga bidaan tertinggi dicatatkan adalah membabitkan sebuah kereta jenis Honda Integra sebanyak RM58,000.

Katanya, antara kenderaan yang disita adalah motosikal sebanyak 97 buah, kereta (17), jip (tiga), bas (empat), van (empat), lori kargo am (dua), semi treler (satu).

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ Selangor telah mengutip lebih dari RM5 juta hasil daripada lelongan awam kenderaan sita sejak tahun 2019 hingga Isnin melibatkan sebanyak 483 buah kenderaan.

Kutipan daripada pelupusan secara lelongan awam di Selangor pada bulan Mac dan Julai lalu adalah sebanyak RM370,560 melibatkan 60 buah kenderaan pelbagai jenis.

Beliau berkata, kesemua kenderaan terbabit disita daripada pemandu yang melanggar peraturan trafik dan tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan selepas notis peringatan dikeluarkan kepada pemilik.

Antara kesalahan dilakukan pemilik kenderaan terbabit adalah kereta klon, tiada lesen memandu, memandu bawah umur, mengganggu nombor chasis, dan kenderaan potong-sambung.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply