ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Terengganu galakkan anggota kawal berat badan

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan ‘Body Fit Challenge‘ bagi menggalakkan penjagaan kesihatan dalam kalangan kakitangan dan anggotanya. Menurut Pengarahnya, Zulkarnain Yasin, program selama sebulan yang bermula pada 3 Disember hingga 3 Januari tahun depan bertujuan melahirkan kakitangan dan anggota yang cergas fizikal (FIT) berkeyakinan serta sentiasa positif.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Katanya, inisiatif menganjurkan program sebegini juga diharap dapat menyediakan kakitangan dan anggota yang menepati kehendak laluan kerjaya selain diharap melahirkan kakitangan dan anggota yang memahami kepentingan aspek pengurusan berat badan melalui amalan pemakanan dan rutin sihat.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Program dianjurkan ini mengutamakan penyertaan kakitangan dan anggota yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) 25 dan ke atas kerana pengisian program adalah lebih kepada ingin mengembalikan berat dan BMI yang ideal.

Program yang bersifat usaha kendiri ‘self regulatory‘ adalah bagi mengembalikan tahap ideal BMI masing-masing bagi meningkatkan imej dan prestasi JPJ sebagai agensi penguat kuasa unggul. Bagi menarik penyertaan, pihaknya menawarkan hadiah menarik kepada pemenang dengan peratusan penurunan berat badan terbaik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply