Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaparkan beberapa model kenderaan bagi Mercedes-Benz, Chery dan Toyota bagi tujuan ‘pemanggilan semula‘ (product recall) Siri 2/2024 bagi tujuan pemeriksaan.
Berikut adalah senarai model yang dipaparkan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi JPJ:
- Mercedes-Benz C200 (keluaran Januari -Julai 2023) – 1 unit sahaja
- Mercedes-Benz CLA200, CLA 45 AMG 4 MATIC, A 250 Blueeficiency, A 45 AMG 4MATIC, S 400 Hybrid dan S 400 H (keluaran Jun 2012 – Januari 2021) – 11 unit
- Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC, EQS 580 4MATIC, GLC 300 4MATIC, GLC 350 E 4MATIC, Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+, Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+, Mercedes-AMG SL 43 Roadster, Mercedes-Maybach S 580 4MATIC dan S 580 E (keluaran Januari – November 2023) – 1,297 unit
- Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC dan GLS 450 4MATIC (keluaran Februari 2018 – November 2023) – 1,302 unit
- Toyota Corolla Cross (keluaran Julai – September 2023) – 2,379 unit
- Chery Omoda 5(H) (keluaran November 2023 – April 2024) – 600 unit
Sementara itu, JPJ memaklumkan aktiviti pemanggilan semula bagi model terlibat telah dilaksanakan oleh pihak pengeluar kenderaan sejak Mac lalu dan masih berlangsung sehingga kini.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Bagi mana-mana pemilik kenderaan yang terlibat dalam aktiviti pemanggilan semula ini, anda akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan anda untuk penetapan tarikh janji temu bagi pemeriksaan kenderaan.
“Sila patuhi tarikh janji temu yang telah ditetapkan untuk kemudahan kedua-dua belah pihak,” menurut hantaran JPJ tersebut, semalam.
Dalam pada itu, JPJ memaklumkan, umum mengetahui isu tular baru-baru ini berkenaan kes kegagalan gandar belakang bagi kenderaan Chery Omoda 5.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Bagi kes ini, pihak Chery Auto Malaysia Sdn. Bhd. telah segera melaksanakan aktiviti pemanggilan semula bermula 3 Mei dan telah memaklumkan kepada pihak JPJ berkenaan aktiviti tersebut.
Sehingga 7 Jun, pihak Chery telah memeriksa sebanyak 592 unit daripada 600 unit kenderaan Chery Omoda 5 yang terlibat dalam aktiviti ini dengan peratus selesai aktiviti sebanyak 98.67 peratus.
Baki pemilik kenderaan telah dihubungi bagi melengkapkan jadual pemeriksaan dan dijangka aktiviti ini akan diselesaikan pada akhir Jun ini.
Sementara itu, tempoh penyelesaian bagi aktiviti pemanggilan semula adalah bergantung sepenuhnya kepada kerjasama diberikan oleh pemilik kenderaan. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI