ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ urus 33.05 juta kenderaan dan 14.32 juta pemandu hingga kini

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyumbang sebanyak RM4.2 billion kepada negara melalui kutipan hasil pada tahun 2020.

Utusan Online melaporkan, Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, sejak mula beroperasi pada tanggal 1 April 1946 sebagai pendaftar dan pemeriksa kereta motor atau dahulunya dikenali sebagai RIMV (Registrar Inspection Motor Vehicle), JPJ telah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berkualiti.

Menurutnya, ia termasuklah menguruskan pungutan hasil serta menguat kuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 secara telus dan berkesan.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tambahnya lagi, umum mengetahui Malaysia mempunyai lebih daripada 200,000 kilometer jalan raya yang telah dibina dan ini dapat dikaitkan dengan peningkatan pemilikan kenderaan dan pemandu.

Hingga kini, JPJ telah menguruskan sebanyak 33,059,582 (33.05 juta) buah kenderaan terkumpul, dan seramai 14,319,361 (14.32 juta) orang pemandu terkumpul di Malaysia. Malah, JPJ juga telah menyumbang sebanyak RM4.2 bilion kepada negara melalui kutipan hasil tahun lalu.

Beliau berkata demikian semasa majlis Pelancaran Duit Syiling Kenangan Ulang Tahun ke-75 JPJ Malaysia, semalam. Turut hadir Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ , Aminurrahim Mohamed.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Mengulas program yang diadakan, Zailani berkata, pelancaran Duit Syiling Kenangan ini merupakan rentetan daripada sambutan Ulang Tahun Ke-75 JPJ yang telah disambut pada bulan April yang lalu dengan kerjasama BNM.

Beliau berkata,duit syiling kenangan yang dikeluarkan BNM merupakan suatu simbolik yang bermakna kepada Jabatan dengan permukaan duit syiling yang mengandungi imej yang menekankan fungsi utama JPJ dalam mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor.

Terdapat juga imej yang menggambarkan kawalan dan arah tuju penubuhannya JPJ untuk terus relevan dan mara berdaya saing.

Selain itu, terdapat juga nama BNM yang merupakan sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling numismatik, disusuli dengan logo rasmi sambutan JPJ75 yang melambangkan JPJ bergerak ke arah pemodenan dan digitalisasi sempena Sambutan Jubli Platinum JPJ 75 Tahun yang bertemakan Digitalisasi Melestari Integriti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply