ARKIB

KATEGORI

Tular

JSPT kenal pasti Perodua Alza yang bawa penumpang kanak-kanak secara berbahaya dalam video tular

Tular

Views

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata, pihaknya sedang menyiasat video tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan sebuah Perodua Alza yang membawa penumpang dipercayai (3) kanak-kanak telah mengeluarkan separuh badan di bahagian penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri dan kanan kenderaan yang sedang bergerak.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tingkah laku mereka ini merupakan satu tindakan yang amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan. Pihak JSPT telah mengenalpasti kenderaan tersebut serta akan mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

Pemandu mahupun ibu bapa/ penjaga kepada penumpang kanak-kanak tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan  Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 – Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

JSPT mengingatkan semua pemandu yang membawa kanak-kanak agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan dan kawalan mereka terjamin.

Sekiranya berlaku kecuaian oleh pemandu di atas ketidakpatuhan peraturan keselamatan semasa membawa kanak-kanak tersebut, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pemandu dan ibu bapa/ penjaga tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply