ARKIB

KATEGORI

Buletin

JSPT KL keluar 326 saman langgar lampu merah dan 168 saman guna nombor plat fancy

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) memaklumkan pihaknya telah menjalankan operasi khas Op Langgar Lampu Isyarat Merah / Op Nombor Pendaftaran Kenderaan Tidak Mengikut Peraturan bermula serentak di seluruh negara dari 15 Disember sehingga 31 Disember 2020.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Operasi ini diadakan bagi tujuan memastikan pengguna-pengguna jalan raya mematuhi undang-undang sedia ada. Bagi Kontinjen Kuala Lumpur sehingga ke hari ini sejumlah 326 saman telah dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah yang melibatkan 301 motosikal, 24 motokar dan 1 lain-lain kenderaan .

Bagi kesalahan nombor pendaftaran pula sejumlah 168 saman telah dikeluarkan. Statistik menunjukan kenderaan motosikal adalah yang paling tinggi gagal mematuhi nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan iaitu sebanyak 150 saman, 15 kereta dan 3 lain-lain kenderaan yang telah dikeluarkan saman.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Adalah menjadi kesalahan pemilik kenderaan telah menggunakan atau mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut peraturan. Kesalahan ini boleh diambil tindakan saman mengikut Kesalahan dibawah Sek 14 (4) APJ 1987 (Nombor Plat fancy / Kabur /Kotor) dan Kaedah 006 (1) LN173/59 (No Plat tidak ikut peraturan).

Mereka yang tidak mematuhi peraturan lalulintas terutama melanggar lampu merah boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 017 LN 167/59 (Jalan semasa lampu isyarat merah). Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP HJ Zulkefly Bin Yahya mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya demi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply