ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan bulan November Proton naik dua kali ganda – Saga kini sedan segmen A terlaris

Berita Tempatan

Views

Proton sekali lagi mencatatkan prestasi kukuh pada bulan November di mana jualan pada bulan itu dari tahun ke tahun meningkat 100 peratus dengan jualan sebanyak 9,643 unit (eksport + domestik). Setakat ini jualan terkumpul untuk tahun ini adalah sebanyak 89,476 unit, menunjukkan pertumbuhan 50.1 peratus untuk jumlah dari tahun ke tahun. Pegangan pasaran juga meningkat dan dianggarkan kini berada pada 16.2 peratus bagi keseluruhan tahun 2019.

Saga kini kembali menerajui jualan bagi sedan segmen A dengan memecahkan rekod jualan sebanyak 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut. Kini sebanyak 4,091 unit kereta telah pun diserahkan kepada pelanggan pada bulan November. Secara keseluruhan, sebanyak 34,422 unit Saga telah terjual buat masa ini dengan pertumbuhan volumnya kini berada pada 32 peratus, merupakan yang terbaik berbanding mana-mana model dalam segmen A.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Mengulas mengenai pencapaian ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, dalam tempoh hanya empat bulan, lebih daripada 35,000 tempahan telah diperolehi dan pada ketika ini, setiap unit yang berada di kilang sudah ada pemiliknya. Ini merupakan cabaran buat mereka untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Saga dan telah berbincang dengan para pembekal dalam usaha untuk meningkatkan lagi jumlahnya pada tahun hadapan,

Selain daripada saranan nilai, prestasi dinamik terkemuka serta ciri-ciri komprehensif yang ada pada model ini, Saga juga berjaya menarik perhatian pembeli melalui pencapaiannya dalam perlumbaan Sepang 1000km (S1K) pada baru-baru ini. Pasukan Proton R3 (R3) berjaya menduduki tempat pertama, kedua dan ketujuh di mana dua daripada tiga kereta yang dipertandingkan adalah Saga 2019.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

12 Disember 2018 nanti genaplah setahun transformasi Proton menjadi sebuah jenama premium di pasaran semasa menerusi pelancaran SUV pertama mereka, X70. Sepanjang tempoh tersebut, populariti yang diraih SUV bagi segmen premium dan eksekutif itu masih kekal sehingga kini. Pada bulan November, lebih 2,000 unit telah berjaya dijual.

Kilang baharu di Tanjung Malim bakal memulakan operasinya tidak lama lagi dan barisan jurutera Proton telah berikrar untuk menghasilkan produk yang sepadan atau lebih baik berbanding kenderaan yang dihasilkan oleh pengeluar lain daripada kumpulan automotif Geely Auto. Proton telah ditugaskan untuk menjadi hab pengeluaran bagi pemanduan belah kanan bagi kumpulan itu.

Kata Dr Li Chunrong, bagi merealisikannya, kualiti pengeluaran mereka mestilah setanding dengan tahap yang dicapai oleh barisan kumpulan yang lain. Ini adalah satu matlamat yang mencabar tetapi beliau yakin Proton mempunyai barisan jurutera dan pekerja pengeluaran yang diperlukan untuk membuktikan bahawa kereta-kereta yang dibina di Malaysia adalah setanding dengan saingan di peringkat global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply