ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan dan pegangan pasaran Ranger melonjak untuk suku pertama 2019

Berita Tempatan

Views

Ford Ranger, peneraju segmen trak pikap mengekalkan popularitinya di Malaysia bagi suku pertama tahun 2019 dengan lonjakan pegangan pasaran dalam segmennya sehingga 20.1 peratus iaitu peningkatan sebanyak 4.8 peratus berbanding suku tahun pertama tahun lalu.

Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Pasaran Baharu Asia Pasifik, Ford Motor Company berkata Ranger sentiasa melangkaui jangkaan pelanggan segmen trak pikap dari segi kemampuan, versatiliti, reka bentuk hebat dan keselesaan.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah dan ditawarkan dengan sembilan varian ini sangat diminati ramai kerana ia sebuah kenderaan yang melengkapi segala keperluan tugas dan cara hidup. Bermula dari Ranger Raptor premium yang berharga RM199,888 sehinggalah model asas termurah di pasaran, Ranger XL yang berharga RM103,888.

Ini ditambah lagi dengan kelengkapan keselamatan pintar yang pertama dan yang tunggal di dalam segmennya, pikap Ranger menawarkan lebih dari apa yang ada pada kereta penumpang.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion sangat teruja dengan permintaan yang begitu kukuh terhadap barisan Ford Ranger baharu, terutama sekali Ranger Raptor yang mempelopori segmen baharu untuk kategori trak pikap – trak premium berprestasi tinggi .

Ranger terus mendapat pengiktirafan tertinggi di Malaysia sejak 2012, termasuk yang terbaharu anugerah Trak Pikap Terbaik dari Malaysia Car of the Year 2018 (COTY) dan juga dari DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards 2018 (VOTY), Anugerah Emas untuk Trak Pikap Terbaik untuk Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018, dan terpilih sebagai Pikap Trak Terbaik 2018 oleh TopGear Chinese Editor’s Choice.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply