Sempena ketibaan musim perayaan akhir tahun dan jualan 12.12 di seluruh negara, Honda Malaysia hari ini mengumumkan Jualan Khas 12.12 dengan rebat bernilai RM2,000 bagi pembelian model generasi kelima City varian S dan E.
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya
Jualan Khas 12.12 City serba baharu ini akan bermula hari ini, (1 Disember 2020) sehingga 12 Disember 2020 untuk membuat tempahan. Kereta akan mula didaftarkan dari 1 Disember 2020 hingga 31 Disember 2020. Pelanggan layak untuk menerima Rebat Khas setelah membuat tempahan dan pendaftaran di mana-mana cawangan pengedar Honda seluruh negara.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata model serba baharu City ini telah berjaya merekodkan lebih daripada 9,000 unit tempahan sejak ia dilancarkan secara rasmi. Menurut beliau, pihaknya juga amat berbesar hati untuk menawarkan promosi ini kepada para pelanggan disamping penjimatan yang ada sepanjang tempoh cuti cukai sehingga hujung tahun.
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
Tambah beliau lagi, City varian S dan E menawarkan nilai hebat dari segi ciri kecanggihan, reka bentuk keseluruhan dan penjana baharu sekaligus membolehkan rakyat Malaysia memilih varian yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pengedar Honda berhampiran atau hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
KOMEN TERKINI