ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Perodua naik 23 peratus pada Januari, kebanyakan pelanggan setuju tukar tempahan kepada Axia Serba Baharu (D74A)

Berita Tempatan

Views

Perodua mencatatkan lonjakan jualan pada bulan Januari 2023 sebanyak 23 peratus kepada 21,449 unit yang didaftarkan, berbanding 17,444 unit pada bulan pertama tahun sebelumnya.

Ini disebabkan oleh syarikat kereta kompak itu meneruskan tumpuannya kepada pengeluaran dan penghantaran maksimum.

Dari segi pengeluaran, Perodua menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, peningkatan sebanyak 40.2 peratus daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pada Januari tahun lepas (2022) telah berlakunya banjir, kekurangan bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain yang telah menghalang pengeluaran dan jualan.

Namun demikian, peningkatan dalam jumlah bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang.

Beliau berkata, bahawa Perodua kekal komited kepada matlamat penghantaran kenderaan kepada para pelanggannya secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Dalam acara berasingan yang berlangsung pada 31 Januari 2023, Datuk Sri Zainal telah berkongsi bahawa Perodua mensasarkan untuk mendaftar 314,000 unit dan mengeluarkan 330,000 unit untuk keseluruhan tahun 2023.

Tambah beliau, selain memberi tumpuan untuk menyelesaikan pesanan tertunggak, Perodua juga akan melancarkan Axia Serba Baharu (D74A) tidak lama lagi untuk terus mengujakan pasaran.

Mengenai Axia Serba Baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, beliau berkata syarikat itu telah menukar hampir semua tempahan terdahulu model Axia semasa kepada model yang baharu.

Jelas beliau, penasihat jualan Perodua telah menghubungi para pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran kepada Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju untuk menukar kepada model baharu tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply