ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Perodua naik 7.3 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media semalam, Perodua mengumumkan mereka telah menjual hampir 37,400 kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 7.3 peratus berbanding 34,800 kenderaan yang dijual pada tempoh yang sama tahun lalu. Ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk hampir kesemua model keluarannya.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin berkata, peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha mereka untuk menambahbaik masa penghantaran. Dalam dua bulan pertama tahun ini, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 15,000 unit Myvi, 10,100 unit Axia, 5,900 unit Bezza, 3,600 unit Aruz dan 2,700 unit Alza.

Dari segi pengeluaran, 36,500 kenderaan telah dikeluarkan iaitu hampir 6.2 peratus lebih daripada 34,375 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas. Walaupun laporan bahagian pasaran daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) masih belum dikeluarkan, Perodua menganggarkan mereka memperolehi 41 peratus bahagian pasaran setakat tahun ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

Sementara itu, Perodua Aruz, terus meraih pesanan yang memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari. Ia ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan AV. Pada masa ini, kira-kira 85 peratus daripada tempahan adalah untuk varian AV.

Perodua telah menyelaraskan operasi pengeluarannya dalam usaha untuk mengurangkan masa menunggu bagi model Aruz dan ini akan diteruskan pada bulan Mac. Tambah Datuk Dr Zahari, Perodua amat berterima kasih di atas sokongan dan kesabaran pelanggan serta berharap agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa yang akan datang

Perodua kini mengadakan jerayawara (roadshow) Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13hb Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching pada 8-10hb Mac bertempat di pusat membeli-belah The Spring.

Orang ramai yang berada di Kuching amat dialu-alukan untuk menyertai jerayawara ini dan melihat dengan lebih dekat SUV terbaharu Perodua itu serta memandu ujinya. Sebagai alternatif, bercakaplah dengan penasihat jualan Perodua yang sah di pusat jualan dan pameran yang berhampiran untuk mengenalpasti kenderaan Perodua yang paling sesuai untuk anda.

JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift sedang jalani penggambaran iklan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply