Bulan November menyaksikan Proton mencatatkan jualan sebanyak 12,194 unit (domestik dan eksport). Bagaimanapun, ia menurun sebanyak 4.7 peratus berbanding bulan Oktober.
Ini berikutan penurunan dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 4.1 peratus untuk jualan automotif Malaysia.
Jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) Proton mencecah 137,751 unit dan jenama itu masih kekal di kedudukan kedua paling popular dalam carta jualan nasional.
Bahagian pasaran untuk bulan November adalah 18.2 peratus yang membawa kepada angka YTD sebanyak 18.8 peratus untuk keseluruhan tahun 2024.
Meskipun jumlah jualan sektor automotif Malaysia mengalami pengurangan pada November, TIV YTD masih hampir 10,000 unit lebih berbanding dengan masa yang sama pada 2023.
Dengan anggaran 731,026 unit terjual setakat ini, pasaran dijangka mencatatkan tahap rekod baharu untuk tahun kedua berturut-turut apabila melangkaui paras 800,000 unit.
Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran kenderaan penumpang dengan volum kedua tertinggi di ASEAN tahun ini.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Model SUV segmen C, Proton X70 kembali menerajui carta dengan mencatat peningkatan jualan sebanyak 7.7 peratus bulan ke bulan pada November kepada 1,065 unit, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 7,536 unit
SUV terlaris segmen B, Proton X50 terus mendahului jualan SUV segmen B dengan 1,911 unit terjual, menjadikan jumlah jualan YTD sebanyak 21,033 unit.
Sementara itu, Proton X90 kekal sebagai peneraju pasaran SUV segmen D dengan pertumbuhan 13.1 peratus bulan ke bulan kepada 277 unit, menyumbang kepada jumlah jualan YTD sebanyak 3,246 unit.
Sedan segmen C, Proton S70 kembali memimpin carta jualan segmen dengan 1,312 unit terjual. Pencapaian ini membawa jumlah jualan YTD kepada 17,512 unit, jumlah yang terbaik dalam kelasnya setakat ini.
Jualan model-model Proton yang lain terus menunjukkan prestasi yang kukuh. Proton Saga telah merekodkan 5,916 unit jualan, menjadikan jumlah YTD sebanyak 66,094 unit.
Kini, model ia berada pada landasan yang tepat untuk melepasi paras 70,000 unit jualan untuk tahun kedua berturut-turut.
Sedan segmen B, Proton Persona mencatatkan 1,394 unit pada November dengan jumlah YTD sebanyak 17,325 unit, manakala hatchback segmen B Proton, Proton Iriz, terjual sebanyak 319 unit, menjadikan jumlah jualan setakat ini kepada 4,762 unit.
Model kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7 yang ditunggu-tunggu bakal dilancarkan pada 16 Disember nanti.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya yakin akan terus menjadi peneraju dalam industri automotif, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Penghantaran Proton Saga ke Mesir turut menyumbang kepada pencapaian penanda aras eksport baharu untuk tahun ini
Sebanyak 480 unit Proton Saga pemanduan kiri (LHD) dieksport ke Mesir bulan lalu, mencatatkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 300 peratus berbanding dengan 120 unit yang dihantar ke negara tersebut pada bulan sebelumnya.
Sehingga kini, sebanyak 2,203 unit Proton Saga telah dieksport tahun ini, menjadikan jumlah eksport 2024 melebihi jumlah eksport keseluruhan tahun 2023.
Pada 9 September lalu, Proton telah menghantar pertama pek CKD ke Mesir dan selepas itu, rakan kongsinya telah membuka kilang CKD di Kaherah untuk pemasangan dan memasarkan model tersebut di Mesir serta pasaran Timur Tengah.
Bersama pertumbuhan jualan di negara lain, jumlah jualan eksport terkumpul kini mencapai 3,652 unit berbanding 3,636 unit tahun lalu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI