ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton bulan Jun 2022 meningkat 51.0 peratus, tertinggi sejak April 2021

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya mencatatkan jualan bulanan terbaik sebanyak 14,787 unit (tempatan + Eksport) didaftarkan pada bulan Jun meskipun berdepan dengan isu bekalan komponen.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 51.0 peratus berbanding bulan Mei dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan separuh tahun pertama kepada 60,124 unit, meningkat sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, Proton kekal di tangga kedua keseluruhan dengan anggaran pegangan pasaran semasa sebanyak 22.6 peratus. Jumlah pegangan pasaran tahunan mencatatkan 18.2 peratus, menurun sebanyak 5.1 peratus berbanding enam bulan pertama pada tahun lepas.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) pula dianggarkan sebanyak 331,164 unit. Proton X50 mencatatkan jualan bulanan terbaiknya pada Jun dengan 4,473 unit didaftarkan, seterusnya menerajui SUV segmen-B dan keseluruhan pasaran SUV.

Model X70 2022 yang telah dilancarkan baru-baru ini juga mencapai prestasi terbaiknya sepanjang tempoh 20 bulan dengan 2,969 unit, sekali gus mengekalkan takhtanya dalam SUV segmen-C.

Sebanyak 5,460 unit Saga 2022 yang diperkenalkan pada 12 Mei 2022 telah didaftarkan pada bulan lepas. Ini membolehkannya kembali memimpin carta bagi kelas sedan segmen-A, serta memacu jumlah akumulatif jualan tahunan kepada 23,484 unit.

Exora turut mengekalkan posisi nombor 1 dalam kelas MPV segmen-C dengan 513 unit berjaya didaftarkan. Selain itu, Persona dan Iriz mencapai jualan 1,224 unit dan 421 unit, seterusnya meletakkan mereka di posisi ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata pihaknya telah menerima lebih daripada 150,000 tempahan untuk enam bulan pertama tahun ini. Beliau menambah, isu bekalan komponen dapat diselesaikan secara berperingkat dan pada masa yang sama sedang menyelesaikan isu komponen yang lain.

Dari segi eksport, sebanyak 636 unit telah dijual pada Jun dan setakat ini jumlah eksport bagi separuh tahun pertama 2022 adalah sebanyak 2,722 unit, meningkat sebanyak 81.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Saga terus mendahului dengan 1,602 unit, meningkat sebanyak 78 peratus, manakala X70 dan X50 masing-masing mencatat jualan 377 dan 100 unit pada bulan Jun.

Pakistan terus menjadi pasaran eksport terbesar dengan 1,770 unit bagi separuh pertama 2022, pertumbuhan sebanyak 183 peratu berbanding separuh tahun pertama 2021. Ini diikuti oleh Brunei dan Bangladesh dengan masing-masing sebanyak 203 dan 194 unit.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply