ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Proton naik 12.5 peratus

Views

Proton mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan prestasi setelah berjaya merekodkan kenaikan jualan 12.5 peratus hingga setakat ini. Jumlah jualan telah meningkat kepada 56,297 unit berbanding 50,091 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. Walaupun jualan keseluruhan kenderaan pada September 2017 mengalami penurunan berikutan bilangan cuti umum yang banyak pada bulan tersebut, peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan sebanyak 1.7 peratus hingga setakat ini untuk Jumlah Volum Industri(TIV) berbanding tempoh yang sama pada 2016.

Model Saga dan Persona yang dilancarkan pada Ogos dan September 2016 telah berjaya meningkatkan penjualan kereta, Saga mencatatkan jualan sebanyak 42.7 peratus (24,061 unit) manakala Persona merekodkan jualan sebanyak 27.4 peratus (15,448 unit). Untuk tahun ini, jumlah jualan kedua-dua model ini juga lebih baik berbanding 2016 dengan peningkatan sebanyak 9,661 unit.

Persona pula telah memperlihatkan kenaikan sebanyak 90 peratus hingga setakat ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa, pendekatan yang diambil Proton dalam membawa kereta Proton dekat kepada pelanggan telah menerusi siri jelajah di lokasi kawasan yang sibuk terutama pada hujung minggu mula menampakkan hasil.

Pameran yang menumpukan kepada ciri-ciri keselamatan utama yang ada pada kereta-kereta Proton di siri jelajah tersebut berjaya menarik minat orang ramai. Ia sekaligus menunjukkan tanda-tanda yang positif bagi Proton dan inilah sebabnya syarikat memerlukan rakan kongsi yang baik untuk memastikannnya dapat terus kekal berdaya saing di pasaran. Syarikat akan terus bekerja bersama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Berdasarkan kepada maklum balas positif yang diterima daripada pelanggan, Proton kini meneruskan tawaran 5 nilai hebat dengan servis percuma selama 5 tahun* dan waranti selama 5 tahun* untuk setiap pembelian kereta Proton di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau hantarkan e-mel ke [email protected].

Pelanggan juga boleh melayari laman sesawang www.proton.com atau Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Selain itu juga, pelanggan boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply