ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan sendu, pengeluaran KIA Forte Koup hentikan

Views

Nampaknya Kia Forte Koup telah menjadi mangsa korban akibat jualan yang sendu dan ini membuatkan Kia tidak mahu untuk meneruskan pengeluaran model ini lagi. Jurucakap Kia, James Hope berkata, untuk selari dengan permintaan pelanggannya, KMA memutuskan untuk menghentikan pengeluaran versi dua-pintu Koup berikutan permintaan yang semakin menurun. Pengumuman ini juga sekaligus mengesahkan laporan yang dikeluarkan dari Cars Direct.

Jualan model Koup tidak begitu memberangsangkan sejak tahun 2016 dan suku pertama 2017 walaupun model lain yang dibangunkan dari platform Forte mencatatkan prestasi jualan yang baik sejak pengenalan versi naik taraf untuk tahun 2017. Bagi mereka yang inginkan Forte Koup pada harga diskaun, hanya dua versi masih berada dalam pasaran iaitu versi EX, yang dilengkapi enjin 2.0-liter empat-silinder berkuasa 173 hp dan versi SX yang dijana oleh enjin 1.6-liter turbo berkuasa 201 hp. Namun, ia hanya untuk pasaran di Amerika Utara sahaja dan kami tidak pasti sama ada nasib yang sama turut dialami model ini di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply