ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Toyota melonjak 223 peratus pada bulan September

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) mencatatkan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 8,033 unit, meningkat 5,509 pada September berbanding Ogos. Ini terdiri daripada 7,931 unit kenderaan Toyota dan 102 kenderaan Lexus.

Jumlah ini juga 43 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu yang hanya mencatatkan 5,605 unit kenderaan terjual.

Secara terkumpul, jualan semasa tahunan (year-to-date) bagi kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia mencecah 43,594 unit pada penghujung September, berbanding tempoh yang sama tahun lalu sebanyak 25,978 unit.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan para pelanggan dan mereka tidak perlu bimbang kerana mereka memastikan semua tenaga kerja sudah lengkap divaksin serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dipremis.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Bagi mengalu-alukan semula kedatangan pengunjung ke bilik pameran, UMWT kini sedang menganjurkan promosi “Kunjung & Menang” dengan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 untuk dimenangi tanpa perlu membuat pembelian.

Pelanggan boleh mengambil bahagian dengan cara berkunjung ke bilik pameran rasmi, ambil gambar dan muat naik ke media sosial (seperti Facebook dan Instagram) berserta kapsyen. Kemudian, maklumkan kepada UMWT URL hantaran terbabit agar ia boleh dinilai.

Terdapat 38 hadiah untuk dimenangi, ini termasuklah hadiah utama iPhone 12 (64 GB), dua hadiah tempat kedua berupa televisyen Samsung 4K LED 55-inci dan dua hadiah ketiga berupa pengering rambut Dyson Supersonic.

Hadiah saguhati pula berupa kerusi gaming TT Racing Maxx, fon kepala nirwayar Bose Quiet Comfort 35, papan kekunci gaming Kingston Hyper X, alat sanitasi udara mudah alih untuk kereta Philips dan kad Touch N’ Go kustom bernilai RM100.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Selain itu, semua pengunjung ke bilik pameran juga akan menerima Safety Kit (selagi stok masih ada). Mereka yang merancang untuk membeli kenderaan baru Toyota pula boleh menikmati ansuran bulanan rendah dengan Toyota EZ Beli.

Untuk pegawai kerajaan, UMWT juga ada program Jom Drive (dengan kerjasama Toyota Capital Malaysia) dengan manfaat istimewa dan sepilihan pelan pembiayaan.

Permohonan (dengan dokumen sokongan) sangat ringkas dan akan diproses segera agar pembeli boleh mendapat kereta Toyota baharu mereka dalam masa yang singkat.

UMWT juga bakal melancarkan model dengan Teknologi Hibrid Elektrik tidak lama lagi. Model-model ini akan dilengkapi sistem janaan lebih cekap dengan pembebasan sisa pembakaran yang rendah serta lebih senyap.

Ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, pihaknya sangat positif yang kenderaan hibrid elektrik Toyota (HEV) adalah pilihan paling mudah diakses dan realistik untuk pelanggan di Malaysia dari sudut praktikaliti dan prasarana, selain mempunyai potensi besar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply