Jumlah sekatan jalan raya (SJR) akan ditingkatkan hingga mencecah 1,000 pada hari ini berikutan masih banyak pergerakan kenderaan terutama di ibu kota dan Selangor. Harian Metro melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, terdapat 887 SJR dan 43 SJR Op Benteng diadakan di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan kepada 930, setakat semalam.
Menurutnya, setakat malam tadi, 86,000 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara. Hasil pemantauan dilakukan sejak hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, beliau dapati masih ada banyak pergerakan kenderaan terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Beliau sudah pun mengarahkan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani) untuk menambah jumlah SJR terutama di dua negeri ini bagi mengehadkan pergerakan kenderaan yang banyak di kawasan berkenaan. Selain itu, beberapa lokasi di Pulau Pinang juga akan ditambah jumlah SJR kerana banyak pergerakan kenderaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah pusat beli-belah di Bangsar, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dan Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar.
Hamzah berkata, pihaknya akan menempatkan pasukan pemantauan di pintu masuk pusat beli-belah pada hujung minggu ini dan Isnin ini untuk mengelakkan orang ramai berkumpul di premis berkenaan. Isnin ini adalah hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Pihaknya bimbang pusat beli-belah di seluruh negara akan menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti riadah dan berkumpul berikutan cuti hujung minggu yang panjang pada tiga hari berkenaan. Dalam tempoh ini, beliau meminta semua supaya tidak menjadikan pusat beli-belah sebagai lokasi untuk perjumpaan, kecuali mereka yang ingin membeli barangan penting sahaja.
Menurut Hamzah, dalam tempoh empat hari pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, berlaku penurunan pergerakan kenderaan di seluruh negara pada hari pertama. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan pada hari pertama di lokasi SJR, pergerakan kenderaan dilihat menurun.
Namun, tinjauan pada hari kedua dan ketiga mendapati terdapat pertambahan jumlah kenderaan di beberapa lokasi. Ujarnya lagi, beliau tidak berpuas hati dengan jumlah pergerakan kenderaan yang dilihat meningkat dan akan mempertingkatkan jumlah pemantauan dan SJR di lokasi yang dikenal pasti.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI