ARKIB

KATEGORI

Buletin

Junaidah pecah dominasi pemandu lelaki di pusingan akhir Volvo Trucks’ Fuelwatch Challenge 2017

Views

Ibu kepada tiga cahaya mata, Junaidah Bte Ibrahim berusia 32 tahun dari Prai, berjaya memecah dominasi pemandu lelaki dan menjadi pemandu wanita yang pertama bersaing di pusingan akhir Volvo Trucks’ Fuelwatch Challenge 2017. Kehebatan beliau di pusingan akhir bakal disaksikan pada 25 hingga 26 Ogos ini di Shah Alam.

Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai pemandu trak selama lima tahun dan turut berkerja bersama suaminya yang juga pemandu trak di Benua Haulage Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Sin Hock Soon Group. Junaidah memandu selama lapan hingga sembilan jam sehari menggunakan trak Volvo bagi memastikan barangan dihantar kepada pelanggan mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu, beliau juga amat popular di kalangan pelanggannya yang begitu kagum dengan profesionalisma dan mereka juga bangga melihat pemandu wanita yang menghantar barangan mereka.

Sebagai satu-satunya pemandu wanita dalam syarikat tersebut, Junaidah sangat berbangga dengan kerjayanya walaupun tugas ini lebih dimonopoli oleh kaum lelaki. Dengan sokongan dari suami dan sokongan dari majikan dan pelanggan, beliau bangga kerana berjaya memecah tradisi ini. Apa yang lebih membanggakan, beliau turut memiliki lesen trak tegar dan kontena, yang sememangnya jarang dimiliki oleh kalangan pemandu trak lelaki.

Tujuh lagi peserta yang bakal beraksi di pusingan akhir adalah Ruslan Ab Ghani dari Perwakilan Cekap Sdn Bhd (Pelabuhan Klang), Jamal B. Embong dari Prifaria Sdn Bhd (Kuantan), Ahmad Sulaiman dari Konsortium PD Sdn Bhd (Pelabuhan Klang), Mohd Sufian dari Sahari from Multimodal Freight Sdn Bhd (Pelabuhan Klang), Kaspul Anwar bin Abdul Karim dari Prifaria Sdn Bhd (Prai), Tan Eng Hin dari Lima Bintang Logistics Sdn Bhd (Prai) dan Firdaus bin Salim dari Swift Logistics Sdn Bhd (Johor Bahru). Juara bakal mewakili Malaysia dan bertanding di acara Drivers Fuel Challenge – World Final di Sweden pada 18 hingga 22 September 2017.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply